Sekurang-kurangnya S$160,000 lesap dek skim penipuan cabutan bertuah, e-dagang sejak Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran mengenai skim penipuan cabutan bertuah dan e-dagang melibatkan penstriman langsung di platform media sosial, dengan kerugian sekurang-kurangnya S$160,000 sejak Ogos lalu.
Terdapat sekurang-kurangnya 30 skim penipuan cabutan bertuah dan 13 penipuan e-dagang dilaporkan sejak Ogos, menurut SPF dalam kenyataan media pada Sabtu (18 Okt).
Penipuan tersebut melibatkan platform-platform seperti Facebook.
Dalam kes penipuan cabutan bertuah, para mangsa menyaksikan penstriman langsung yang mempromosikan kad gores serta peluang untuk memenangi hadiah wang tunai.
Selepas membeli kad gores itu, mangsa akan diminta untuk memindahkan lebih banyak wang, kononnya untuk "meningkatkan" peluang mereka untuk menang atau meningkatkan jumlah hadiah wang tunai.
"Dalam beberapa kes, para penipu akan memperdayakan mangsa untuk melakukan demikian dengan menangguhkan pembayaran," dedah SPF.
Apabila mangsa "menang", mereka akan diminta untuk memindahkan wang lagi atas pelbagai sebab, seperti untuk membayar yuran pentadbiran sebelum mendapatkan wang yang dimenangi.
Helah penipuan itu menyasarkan para mangsa yang menonton penstriman langsung di Facebook yang menjual beg didakwa mengandungi emas.
Beg itu kadangkala digelarkan sebagai "beg lombong emas".
Menurut polis, mangsa boleh membeli beg tersebut untuk mendapatkan peluang menang.
Namun kika mereka tidak menang, penipu akan menyuruh mereka supaya membeli lebih banyak beg atau membeli beg "lebih bermutu" yang didakwa mengandungi lebih banyak emas.
"Penipu juga akan menawarkan untuk membeli semula emas daripada mangsa pada harga lebih tinggi daripada harga asal," kata polis.
Namun, mangsa akan diminta untuk memindahkan lebih banyak wang untuk mendapatkan keuntungan mereka.
Kebanyakan jenis kes penipuan tersebut melibatkan mangsa disuruh untuk membuat pemindahan bank melalui PayNow atau DuitNow, biasanya menerusi kod QR yang disediakan oleh penipu.
"Mangsa akan menyedari bahawa mereka ditipu apabila mereka tidak menerima wang yang dimenangi atau keuntungan yang dijanjikan, atau apabila mereka meminta pengesahan daripada polis," tambah polis.
"Kami ingin mengingatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang pemindahan wang kepada individu yang tidak dikenali dan individu yang anda tidak mengesahkan identiti mereka."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.