Skip to main content

Singapura

Sekurang-kurangnya S$15,000 diikrar kepada program pemulihan karang NParks

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya S$15,000 diikrar kepada program pemulihan karang NParks

Pod pembersihan untuk memudahkan sukarelawan yang bantu bersihkan pantai. (Gambar: Edwin Tong\Facebook)

Diterbitkan : 20 Sep 2025 06:06PM Dikemas Kini : 20 Sep 2025 06:07PM

SINGAPURA: Hampir 200 sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan berkumpul pada Sabtu (20 Sep) untuk membersihkan pantai sempena Hari Pembersihan Sedunia.

Jumlah itu seganda lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Majlis Kebersihan Awam (PHC) sedang mempergiatkan usaha untuk mengembangkan lagi jumlah sukarelawan mereka, ini termasuk mendapatkan bantuan watak-watak kartun kegemaran ramai seperti Spongebob Squarepants bagi menarik lebih ramai peserta.

Pihak berkuasa dan badan-badan bukan mencari keuntungan menyaksikan peningkatan dalam jumlah sukarelawan yang mahu menggembleng tenaga untuk menjaga kebersihan pantai.

Ini selepas berlaku insiden tumpahan minyak besar-besaran pada Jun lalu. 

"Kami mempunyai lebih daripada 1,000 sukarelawan yang membersihkan (pantai) sepanjang bulan, dengan menggalakkan lebih banyak kumpulan dan badan bukan mencari keuntungan (NGO) untuk melakukan pembersihan di lebih banyak lokasi, jadi bukan sahaja di East Coast, tetapi juga di pantai, bahkan di kawasan pedalaman dan bandar juga," kata Pengerusi Kindred Community, Dr Suen Chun Hui.

Memanfaatkan gelombang semangat kesukarelawanan ini, Majlis Kebersihan Awam melancarkan inisiatif CleanPod yang ke-25 di Taman East Coast.

"Kumpulan dan masyarakat yang berminat perlu membeli alat membersih sendiri, dan mereka perlu menggunakan semula alat itu dan membawanya ke mana-mana.

"Tetapi untuk sekarang, kami meletakkan kesemuanya dalam sebuah pod. Kami mempunyai alat untuk mengutip sampah. Kami mempunyai semua sumber yang mereka boleh gunakan secara percuma," kata Pengarah Eksekutif PHC, Dr Christina Liew.

Bagi setiap kilogram sampah yang dikutip, badan amal Great Ocean Dash, akan menyumbang sedolar kepada program pemulihan karang NParks, dengan sekurang-kurangnya S$15,000 sudah diikrarkan.

"East Coast terletak paling dekat dengan garisan pinggir pantai. East Coast lebih mudah terdedah kepada perubahan iklim, dan East Coast adalah tempat indah yang kami mahu terus pulihara dan pastikan ia dalam keadaan bersih dan menghijau," kata AP GRC East Coast, Edwin Tong.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita