Sekurang-kurangnya S$1.1 juta lesap tahun lalu akibat penipuan tiket konsert
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Lebih 1,500 orang menjadi mangsa penipuan tiket konsert tahun lalu, dengan sekurang-kurangnya S$1.1 juta lesap.
Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan kemas kini bagi tempoh antara Januari 2023 dengan Januari 2024 dalam satu kenyataan nasihat pada Jumaat (2 Feb).
SPF menggesa orang awam supaya berhati-hati ketika membeli tiket konsert daripada penjual pihak ketiga, terutama konsert artis popular seperti Ed Sheeran, Taylor Swift dan Shinee yang bakal membuat persembahan di Singapura menjelang beberapa bulan akan datang.
Penipu biasanya akan memuat naik senarai tiket di platform seperti Telegram, Carousell, X (yang dikenali sebagai Twitter sebelum ini), Facebook dan Xiaohongsu, dedah polis.
Kebanyakan penipuan yang berlaku pada bulan lalu melibatkan senarai di Telegram.
Mangsa yang menghubungi penipu melalui aplikasi pemesejan akan dibawa ke platform pemesejan, termasuk Whatsapp dan Telegram, di mana mereka akan diarahkan untuk memindahkan wang melalui PayNow, pindahan bank atau kredit virtual bagi mendapatkan tiket tersebut.
Selepas mangsa membuat pembayaran, penipu akan meminta bayaran tambahan, menangguhkan penghantaranatau tidak dapat dihubungi lagi.
Polis menasihatkan pembeli supaya membeli tiket melalui penjual sah atau wadah pasaran online seperti Ticketmaster, dan bukan penjual pihak ketiga. Laman sedemikian menawarkan pengesahan tiket dan memberi jaminan bayaran balik sekiranya pembeli menerima tiket tidak sah.
Pembeli juga boleh melindungi diri mereka dengan menggunakan pilihan pembayaran "escrow" ketika membuat urus niaga, kerana ia memastikan penjual hanya menerima bayaran apabila tiket dihantar.
Orang ramai juga dinasihatkan agar memuat turun Aplikasi ScamShield untuk melindungi diri mereka daripada panggilan dan SMS penipuan.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah sedemikian boleh menghubungi talian polis di 1800-255-000, atau melalui pautan ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.