Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekurang-kurangnya 9 rakyat S'pura masih di Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 9 rakyat S'pura masih di Ukraine

Seorang kanak-kanka ditemani seroang askar sedang para pelarian dari Ukraine tiba di stesen kereta api di Przemysl, Poland, pada 27 Feb 2022. (Gambar: AP)

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Singapura kini berada di Ukraine dan di beberapa bandar di negara itu.

Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di Parlimen hari ini (28 Feb).

Kementerian Ehwal Luar (MFA) sedang berhubungan dengan lapan daripada mereka dan "mengetahui" tentang sekurang-kurangnya seorang lagi rakyat Singapura, yang cuba dihubunginya, tambah beliau.

"Keselamatan rakyat Singapura kekal menjadi keutamaan kami dan MFA sudah menghubungi mereka dan kami akan membantu mereka bila-bila masa dan sebagaimana yang boleh," kata Dr Balakrishnan dalam kenyataan menterinya berhubung keadaan di Ukraine.

"Kami juga sedang meneroka pilihan untuk mereke meninggalkan negara itu jika keadaan mengizinkan."

Sementara itu, beliau menggesa rakyat Singapura di Ukraine supaya mencari tempat perlindungan, berwaspada dan mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa. Mereka yang tidak berdaftar dengan MFA harus segera melakukannya, tambah beliau.

Sebelum pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Dr Balakrishnan berkata MFA sudah mengeluarkan dua nasihat perjalanan yang menasihatkan rakyat Singapura yang berada di Ukraine supata meninggalkan negara itu "secepat mungkin menerusi pengangkutan komersil sementara mereka masih boleh melakukan sedemikian".

Nasihat perjalanan yang pertama dikeluarkan pada 26 Januari manakala yang kedia pada 13 Februari.

Menyusuli nasihat perjalanan pertama, tujuh rakyat Singapura meninggalkan Ukraine dengan menaiki pengangkutan komersil sebelum tercetusnya konflik, dedah Dr Balakrishnan.

Lagi tiga rakyat Singapura pula melakukan perjalanan merentasi sempadan ke Poland sejak pelancaran serangan Rusia, tambah beliau.

Dalam responsnya kepada soalan daripada Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) tentang apa yang boleh dilakukan ASEAN dan Singapura untuk melegakan keadaan di Ukraine, Dr Balakrishnan berkata daripada tiga orang yang melakukan perjalanan merentasi sempadan, sekurang-kurangnya seorang rakyat Singapura melakukannya secara berkonvoi dengan rakyat Malaysia yang merentasi sempadan ke Poland.

"Saya berterima kasih kepada rakan sejawatan saya di Malaysia kerana melakukannya. Jadi begitu juga di lapangan, saya pasti kita akan terus saling bekerjasama untuk menjada rakyat ASEAN dan selagi mana boleh, tumpang(kan), (ber)gotong royong dan saling membantu antara satu sama lain," kata beliau.

Sumber : CNA/NK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan