Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan setelah kebakaran tercetus di flat Bedok

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan setelah kebakaran tercetus di flat Bedok

(Gambar: Facebook/Singapore Civil Defence Force)

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan daripada sebuah blok
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bedok selepas kebakaran tercetus di dalam sebuah flat pada Ahad pagi (23 Okt).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran di unit di tingkat dua Blok 108 Bedok North Road sekitar pukul 11.35 pagi.

Apabila anggota bomba tiba, kebakaran sedang marak di dalam unit berkenaan yang melibatkan barangan di dalam bilik tidur.

Kebakaran itu kemudian dipadamkan oleh ahli bomba dan tiada penghuni yang dijumpai dalam flat berkenaan.

Seorang mangsa yang dipindahkan daripada unit tersebut sebelum ketibaan SCDF dinilai sudahpun terhidu asap dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Seorang lagi mangsa daripada unit bersebelahan yang juga dinilai terhidup asap, namun enggan dibawa ke hospital, menurut SCDF dalam hantaran Facebook mereka.

Polis memindahkan sekurang-kurangnya 50 penduduk daripada lantai tiga ke enam blok berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Siasatan awal mendedahkan bahawa punca kebakaran mungkin disebabkan bateri basikal bermotor (PAB) di bilik tidur yang terjejas, menurut SCDF.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan