Sekurang-kurangnya 3 rakyat S'pura terkandas di Maldives susuli "isu penyenggaraan" pesawat Saudia
3 penumpang S'pura yang terjejas sepatutnya tiba di Singapura dari Jeddah pada 3 Ogos lalu; jemaah umrah Singapura yang dijadual ke Saudi turut terjejas.
Anggaran Waktu Membaca:

Syarikat penerbangan Saudia. (Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya tiga rakyat Singapura terkandas di Male, Maldives sejak Rabu (3 Ogos) selepas penerbangan Saudia Airlines melakukan perhentian di ibu kota itu, dari Jeddah ke Singapura.
BERITAmediacorp difahamkan mereka yang terjejas ialah seorang pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), pegawai Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) dan jururawat ST&T.
Dalam kiriman emel yang dilihat BERITAmediacorp, penerbangan SV786 itu "masih di bawah penyenggaraan", menurut wakil kanan perkhidmatan awam Saudia, Ali Mohamed.
Pesawat itu "dijangka berangkat ke Singapura pada 6 Ogos", jelasnya lagi dalam emel berkenaan.
Sumber BERITAmediacorp juga berkongsi bahawa kapal terbang itu mengalami "isu teknikal" dan "tiada pesawat yang dapat menggantikan penerbangan itu".
Buat masa ini, mereka yang terjejas ditempatkan di hotel dengan "makanan asas", dedah salah seorang penumpang yang terjejas.
PENUMPANG LUAH RASA KECEWA
Salah seorang rakyat Singapura yang terjejas, yang enggan identitinya didedahkan, meluahkan rasa kecewa atas kurangnya maklumat dan pemberitahuan daripada syarikat penerbangan tersebut tentang apa yang berlaku.
Pada awalnya, kata beliau, persinggahan di Male dilengahkan lima jam.
Namun, ia kemudian diumumkan akan terus mendarat di Male, kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sekitar 70 penumpang difahamkan dapat meneruskan perjalanan ke Singapura pada Khamis (4 Ogos).
"Syarikat penerbangan itu memberikan senarai (70 orang itu).
"Penumpang lain dari penerbangan itu masih berada di Maldives. Kami berada di merata-rata," luah penumpang yang terjejas itu.
JEMAAH UMRAH DI SINGAPURA TURUT TERJEJAS
Disebabkan penerbangan SV786 tidak mendarat di Singapura pada 3 Ogos, sebilangan jemaah Singapura yang dijadualkan berangkat bagi menunaikan umrah turut terjejas.
Antara yang terlibat ialah 90 jemaah TravelConnect.
"Buat masa sekarang ini, kami masih diminta Saudia untuk menunggu tarikh selanjutnya yang tersedia," kata Pengarah TravelConnect.sg, Ustaz Nafis Rahman.
BERITAmediacorp sudahpun menghubungi Saudia Airlines, namun belum menerima sebarang komen.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.