Sekurang-kurangnya $1.2 juta lesap akibat skim penipuan pemulihan dana sejak Jan: Polis
Polis pada Khamis (29 Feb) mengeluarkan kenyataan nasihat bagi memberi amaran kepada orang awam mengenai skim penipuan pemulihan dana yang mendakwa dapat membantu orang ramai mendapatkan semula wang yang hilang kepada skim penipuan pelaburan dan skim penipuan lain.
(Gambar hiasan: iStock)
Sekurang-kurangnya 29 kes dilaporkan sejak Januari lalu melibatkan kerugian sekurang-kurangnya S$1.2 juta, menurut polis.
Pendekatan biasa atau modus operandi skim penipuan tersebut melibatkan para penipu berpura-pura sebagai syarikat guaman atau khidmat kewangan dan menghubungi mangsa melalui panggilan, kiriman mesej atau emel dengan menawarkan untuk membantu mereka mendapatkan semula wang yang hilang kepada skim penipuan atau pelaburan.
Dalam sesetengah kes, mangsa akan menemui "khidmat pengembalian wang" yang diiklankan online seperti di Facebook dan menghubungi para penipu bagi melanggani "khidmat" mereka.
Selepas menghubungi mereka, mangsa akan disuruh membuat bayaran menerusi pindahan wang, mata wang kripto atau kredit maya dengan para penipu mendakwa ia adalah sebahagian daripada "prosedur pentadbiran".
"Dalam sesetengan kes, para penipu mungkin memohon bagi maklumat bank mangsa, butiran kad kredit atau debit atau kata kunci sekali (OTP) dan menggunakan maklumat itu untuk mengakses akaun bank mangsa," kata polis.
Dalam sesetengah kes, para penipu akan menyuruh mangsa supaya memuat turun sofwe akses dari jauh seperti AnyDesk, yang membolehkan mereka untuk mengakses peranti mangsa dan akaun bank selepas ia dimuat turun.
Polis menggesa orang awam supaya berwaspada jika menemui sebarang khidmat atau laman online yang menawarkan untuk membantu mereka mendapatkan semula wang yang hilang kepada skim penipuan.
Mereka juga boleh periksa jika syarikat undang-undang itu berdaftar dengan pihak berkuasa Pengawalseliaan Perkhidmatan Undang-Undang menggunakan direktori mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.