Sekurang-kurangnya 10,000 pelajar akan dilatih dalam bidang robotik, AI dalam 5 tahun akan datang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 10,000 pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang, sedang AI Fizikal mula membentuk semula pekerjaan masa depan.
Disokong oleh Program Robotik Nasional, golongan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga universiti akan diberi pendedahan menerusi program pendampingan, 'hackathon' dan projek, yang menyatukan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan cabaran dunia nyata.
Pengarah Eksekutif, Program Robotik Nasional Tung Meng Fai berkata: "Di sinilah industri dan sekolah, awam dan swasta - benar-benar dapat bekerjasama. Supaya bakat yang kami latih untuk ekosistem itu, bukan sahaja mengetahui asas akademik, tetapi juga menjadi sangat praktikal dan penyelesai masalah serta berpengetahuan tentang sistem-sistem."
AI Fizikal merujuk kepada kecerdasan buatan di dalam mesin yang boleh merasakan, membuat keputusan dan bertindak dalam dunia nyata, dan bukan sekadar mengikut tugasan yang sudah ditetapkan.
Untuk menyokong peralihan itu, LionsBot melancarkan satu program baharu bagi mendedahkan pelajar kepada AI Fizikal pada peringkat lebih awal.
Sebuah lagi syarikat robotik juga mengambil langkah serupa.
Sejak pertengahan dekad 2010an, pasukan di Garuda Robotics sudah giat memberikan ceramah kerjaya mengenai robotik.
Inisiatif tersebut sudah berkembang untuk merangkumi sistem berteraskan AI dan sistem berautonomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka juga menganjurkan projek yang memakan masa selama sebulan bagi para pelajar menengah dan maktab rendah.
Dengan industri AI semakin berkembang, Program Robotiks Nasional berharap agar akan terdapat lebih banyak kerjasama antara pihak awam dengan swasta demi mengembangkan lagi ekosistem robotik di Singapura.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.