Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekurang-kurangnya 1 hari cuti wajib setiap bulan bagi amah berkuat kuasa 1 Jan 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 1 Januari tahun depan, semua pembantu rumah hijrahan di negara ini perlu diberi sekurang-kurangnya satu hari cuti setiap bulan yang tidak boleh digantikan dengan wang.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tahun lalu untuk membolehkan para pembantu rumah hijrahan berehat dan membantu membentuk rangkaian sokongan di luar keluarga majikan mereka.

Hari cuti wajib itu perlu dipersetujui kedua-dua pihak, majikan dan pembantu rumahnya.

Sehubungan dengan itu, MOM menyiapkan panduan untuk menolong pihak majikan dan pembantu rumah memulakan perbincangan bagi mencapai kata sepakat mengenai aturannya.

Cuti wajib itu boleh diambil sepenuh hari atau setengah hari sebanyak dua kali.
Sumber : CNA/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan