Sekumpulan remaja dirakam lakukan aksi bahaya ketika berbasikal di Sembawang Road, Cantonment Road
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam dua video tular berasingan, beberapa pengayuh basikal muda dilihat mengayuh basikal tanpa memakai topi keledar sambil melakukan aksi berani ketika menuruni bukit, dan mencetuskan persoalan mengenai tindakan berbahaya mereka sebagai pengguna jalan raya.
Dalam rakaman video pertama yang dimuat naik pada Ahad (25 Jan), dua remaja lelaki kelihatan mengayuh basikal 'fixed-gear' di Cantonment Road berhampiran daerah Tanjong Pagar, dengan salah seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.
Basikal 'fixed-gear' biasanya bergantung pada rintangan pedal untuk mengurangkan kelajuan dan mungkin tidak dipasang brek yang boleh ditekan dengan tangan.
Seorang pengayuh basikal membelok daripada lorong paling kiri di sebuah simpang yang berbukit, dan kedua-duanya dilihat berada di tengah jalan tiga lorong di penghujung video tersebut.
Video kedua yang dimuat naik pada hari yang sama menunjukkan lima pengayuh basikal muda di Sembawang, dengan tidak seorang pun yang memakai topi keledar.
Salah seorang daripadanya menuruni bukit dengan kedua-duanya kaki dilepaskan daripada pedal dan dirinya dalam keadaan berbaring dalam aksi yang menyerupai watak 'Superman' sedang terbang.
Sesetengah pengguna media sosial mendapati video itu melucukan atau memuji keberanian mereka, tetapi ada yang terkejut oleh perbuatan mereka yang berbahaya itu dan kurang prihatin mengenai bahaya terhadap diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Dalam respons kepada pengayuh basikal di Cantonment Road itu, seorang pengguna Instagram bahkan memuat naik imej otak yang terletak pada bahagian punggung tengkorak.
Ada juga yang menyoal mengapa kanak-kanak "suka mempertaruhkan nyawa mereka di jalan raya" dan sama ada mereka ada fikirkan tentang perasaan ibu bapa mereka jika mereka maut dalam nahas di jalan raya.
Seorang netizen menulis: "Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak ini adalah topi keledar, lampu di bahagian depan dan belakang basikal dan tabiat berbasikal yang baik. Sesetengah amalan berbasikal yang buruk ini membahayakan diri mereka dan orang lain. Saya pernah menanyakan seorang pengayuh basikal mengapa beliau tidak memakai topi keledar. Dan beliau katakan bahawa beliau tidak mampu membeli topi keledar."
Di bawah peraturan jalan raya di Singapura, para pengayuh basikal harus memakai topi keledar ketika berada di jalan raya, dengan pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$1,000 atau dihukum penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya.
Basikal 'fixed-gear' juga perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya satu brek tangan yang berfungsi selain daripada sistem brek rintangan pedal.
Mediacorp sudah pun menghubungi polis bagi mendapatkan komen berhubung video-video tersebut.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.