Skip to main content

Singapura

Sektor teknologi canggih masih ada harapan cerah di tengah pandemik: S Iswaran

Sektor teknologi canggih masih ada harapan cerah semasa keadaan tidak menentu sekarang, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Sep 2020 08:12PM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 09:50PM

SINGAPURA: Sektor teknologi canggih masih ada harapan cerah semasa keadaan tidak menentu sekarang, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.

Kesan daripada pandemik mempercepat penggunaan inovasi dan teknologi bagi menangani cabaran.

Malah, terdapat lebih banyak peluang kerja dalam sektor tersebut.

Encik Iswaran berkongsi perincian tersebut di pameran kerjaya SGInnovate yang diadakan secara maya di mana lebih 200 orang ditawarkan tempat sebagai perantis dan jawatan sepenuh masa di lebih 30 buah firma.

Jawatan-jawatan kosong itu termasuk kejuruteraan sofwe, keselamatan siber serta bidang penjualan dan pembangunan perniagaan.

Kebanyakannya ditawarkan oleh syarikat-syarikat pemula teknologi dan agensi-agensi pemerintah dan dibuka kepada lulusan baru serta golongan pertengahan kerjaya yang sedang mencari pekerjaan.

Acara yang menarik lebih 1,000 penyertaan itu memberikan para peserta sedikit bayangan tentang sektor teknologi canggih termasuk kecerdikan buatan (AI).

Encik Iswaran berkata teknologi canggih akan menjadi enjin bagi memacu pertumbuhan industri pada masa hadapan.

Misalnya, AI berpotensi menghasilkan vaksin dalam masa yang pantas sementara teknologi kuantum boleh membantu meningkatkan rangka kerja keselamatan siber.

"Pertumbuhan sektor tersebut bermakna peluang kerjaya yang menarik bagi rakyat Singapura. Maka itu, kita perlu terus mewujudkan tukikan baru untuk kekal relevan dan membina keupayaan dalam bidang teknologi tinggi dengan nilai ekonomi yang besar," kata Encik S Iswaran. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita