Sektor seni terima suntikan dana tambahan S$12 juta
Dana itu adalah untuk melanjutkan geran-geran yang diperkenalkan di bawah Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya sejak dua tahun lalu.
SINGAPURA: Pemerintah menyuntik dana tambahan S$12 juta untuk sektor seni tempatan.
Dana itu adalah untuk melanjutkan geran-geran yang diperkenalkan di bawah Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya sejak dua tahun lalu.
Demikian diumumkan Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia (MCCY), Edwin Tong di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya pada Khamis (10 Mac).
Di bawah Dana Transformasi Sektor, projek seni yang meningkatkan pengalaman penonton, kecekapan penganjuran dan menyumbang kepada aliran penghasilan akan diberikan sokongan kewangan.
Lembaga Warisan Negara (NHB) pula bakal melanjutkan Geran Transformasi Pertubuhan serta meningkatkan lagi nilai geran dari S$30,000 kepada S$40,000.
Selain itu, pekerja sambilan juga akan dibantu kerana Geran Individu yang Bekerja Sendiri bakal disertakan dalam skim-skim NAC sedia ada.
NAC juga sedang mempertingkatkan usaha untuk memastikan para pekerja bebas diperlakukan dengan adil.
Ini termasuk menggalakkan pekerja bebas menandatangani kontrak rasmi, memperbaiki lagi syarat-syarat kontrak dan mengiktiraf kemahiran serta sumbangan mereka.
Ini semua bertujuan untuk menjadikan Singapura sebuah tempat lebih selamat untuk bekerja dan berkarya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.