Sektor perkhidmatan sosial SG perlukan 2,000 lagi pekerja jelang 2030; sekolah baharu SUSS bakal isi kekurangan tenaga
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Sektor perkhidmatan sosial di Singapura memerlukan 2,000 lagi pekerja dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memenuhi keperluan negara.
Keadaan itu diburukkan lagi oleh kadar pekerja di agensi-agensi perkhidmatan sosial yang berhenti kerja sebanyak 17 peratus setiap tahun, menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2019.
Bagi menangani masalah itu, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) telah menubuhkan sebuah sekolah baharu dengan kurikulum yang diperbaharui bagi menambah dan mengekalkan kumpulan bakatnya.
Sekolah baharu itu akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini di kampus SUSS sekarang di Clementi Road.
Ia akan membangun dan meningkatkan kemahiran lebih ramai pekerja sosial, seiring dengan penduduk Singapura yang semakin tua dan isu-isu sosialnya bertambah rumit.
Provos SUSS Robbie Goh berkata sekolah itu akan membolehkan pelajar meneroka lebih banyak disiplin, dan mengembangkan kemahiran peserta bagi pembangunan pertengahan kerjaya.
"Masalah yang dihadapi sektor perkhidmatan sosial sudah diketahui umum, dan tidak akan mudah untuk menangani kebimbangan ini. Isu kurang kakitangan, pekerja yang berhenti, persepsi awam, keletihan," kata Profesor Goh.
"Kami berharap bukan sahaja dapat melakukan kerja yang lebih baik dan meningkatkan kecekapan melalui sekolah ini, tetapi juga untuk melibatkan pihak berkepentingan luar yang berpotensi bekerjasama dengan kami."

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.