Sektor perhotelan dan runcit kembali ke paras sebelum pandemik: MTI
Sektor runcit dan perhotelan Singapura sudah pulih dan kembali ke paras sebelum pandemik.
SINGAPURA: Sektor runcit dan perhotelan Singapura sudah pulih dan kembali ke paras sebelum pandemik.
Pada bulan Julai misalnya,hasil pendapatan hotel yang dicatatkan bernilai sekitar S$319 juta.
Jumlah itu adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding setahun lalu.
Ia dipacu oleh kenaikan semula sektor pelancongan.
Singapura juga mencatatkan 1.5 juta kedatangan dalam separuh pertama tahun ini - hampir 12 kali ganda lebih banyak daripada tahun sebelumnya.
Berucap di Parlimen pada Selasa (13 Sep), Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, Cik Low Yen Ling berkata kementerian itu menjangkakan pemulihan akan berterusan meskipun ketegangan geopolitik global dan keadaan ekonomi yang meleset mungkin melambatkan pemulihan tersebut.
"Pandemik ini telah menjadi satu ujian tekanan yang hebat untuk banyak sektor. 23 Perancangan Perubahan Industri (ITM) sedang diperbaharui dan dikemaskini untuk meliputi maklumat yang didapati daripada pandemik dan peluang-peluang yang timbul daripadanya," kata Cik Low.
Pada bulan Julai, jumlah trafik udara yang dicatatkan adalah pada sekitar 56 peratus daripada paras sebelum COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.