Sektor pengilangan tahap lanjut bakal jadi teras utama pembangunan ekonomi S'pura
Sektor pengilangan tahap lanjut bakal menjadi teras utama dalam pembangunan ekonomi Singapura pada peringkat seterusnya.
SINGAPURA: Sektor pengilangan tahap lanjut bakal menjadi teras utama dalam pembangunan ekonomi Singapura pada peringkat seterusnya.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata wawasan itu sedang diusahakan dan rancangannya akan didedahkan dalam bulan-bulan mendatang.
Encik Chan berkata demikian semasa lawatannya ke Pusat Transformasi Pengilangan Lanjut Siemens hari ini (9 Dis).
Beliau meninjau keupayaan baru yang diamalkan oleh syarikat-syarikat pengilangan seperti menggunakan pencetak 3D.
Pusat itu dibuka tiga bulan lalu dan menawarkan sokongan dan latihan kepada syarikat-syarikat yang ingin mengubah operasi pengilangan.
Encik Chan berkata usaha memupuk bakat adalah anak kunci kepada proses itu.
Lantaran itu, pemerintah menawarkan program membantu para pencari kerja dari sektor lain yang terjejas oleh pandemik, menimba kemahiran baru bagi menyertai sektor pengilangan lanjut.
"Jika lebih ramai yang berupaya menggunakan kaedah reka bentuk sedemikian, teknologi sedemikian, dengan lebih pantas kita boleh menggandakan penggunaan teknologi itu dan menyesuaikannya bagi seluruh industri," kata Encik Chan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.