Skip to main content

Singapura

Sektor pengilangan SG semakin pulih

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Oct 2023 08:32PM Dikemas Kini : 26 Oct 2023 10:10PM
SINGAPURA: Sektor pengilangan Singapura semakin pulih, meskipun hasilnya terus merosot buat bulan ke-12 berturut-turut.

Kegiatan pengilangan menguncup 2.1 peratus pada September, iaitu lebih baik berbanding 11.6 peratus yang dicatatkan pada Ogos.

Hasil pengeluaran bagi hampir semua sektor merosot.

Penguncupan paling besar dicatatkan industri bioperubatan, dengan hasil pengeluarannya merosot hampir 19 peratus berbanding setahun yang lalu.

Ini kerana campuran bahan farmaseutikal yang dihasilkan agak berbeza.

Sektor kejuruteraan pengangkutan bagaimanapun menunjukkan prestasi yang baik pada bulan lalu dan meningkat lebih 13 peratus.

Ia disebabkan lebih banyak kegiatan di limbungan kapal dan permintaan lebih tinggi bagi kerja-kerja menyenggara bahagian pesawat disebabkan sektor pelancongan yang pulih.

Sektor elektronik juga meningkat lebih 10 peratus, dipacu oleh pertumbuhan dalam sektor elektronik pengguna dan semikonduktor.

Seorang pakar ekonomi berkata, ini satu detik penting bagi sektor pengilangan elektronik yang hasilnya sebelum ini merosot hampir 7 peratus sejak Januari.
Sumber : CNA/AI/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita