Skip to main content

Singapura

Sektor pengilangan SG makin pulih pada Oktober

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor pengilangan SG makin pulih pada Oktober

Para pekerja pengilangan di Singapura. (AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 03 Nov 2023 07:38AM
SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura terus pulih bagi bulan Oktober, menandakan pertumbuhan selama dua bulan berturut-turut.

Perangkaan menunjukkan Indeks Pengurus Pembelian naik 0.1 mata dari September, kepada 50.2.

Perangkaan melebihi 50 mata menunjukkan pertumbuhan dalam sektor berkenaan.

Ini disebabkan oleh penguncupan yang lebih perlahan bagi pesanan dan inventori baharu.

Pengeluaran dan pekerjaan kilang juga berkembang lebih cepat.

Namun, sektor elektronik terus menguncup buat bulan ke-15, meskipun ia menunjukkan beberapa kemajuan.

Ia bagaimanapun boleh terjejas dalam keadaan sejagat yang tidak menentu, seperti perang di Timur Tengah.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita