Skip to main content

Singapura

Sektor pengilangan optimis tentang ramalan separuh kedua 2023; kejuruteraan pengangkutan, jitu jangkakan pengeluaran lebih tinggi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2023 07:49PM Dikemas Kini : 31 Jul 2023 10:06PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat sektor pengilangan yang ditinjau secara amnya optimis mengenai ramalan perniagaan bagi separuh kedua tahun ini.

Syarikat-syarikat itu bagaimanapun mengambil pendekatan berhati-hati berhubung keadaan geopolitik dan ekonomi.

Tinjauan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mendapati kelompok kejuruteraan pengangkutan, kejuruteraan jitu dan elektronik menjangkakan pengeluaran lebih tinggi.

Namun, syarikat-syarikat dalam kelompok kimia dan bioperubatan pula menjangkakan pengeluaran lebih rendah.

Syarikat-syarikat yang menghasilkan makanan, minuman dan tembakau pula prihatin tentang kos bahan mentah dan operasi yang lebih tinggi.

Sementara itu, kebanyakan syarikat menjangkakan bahawa kadar pengambilan pekerja akan kekal serupa dengan suku kedua tahun ini.

Dalam hal ini, sektor kejuruteraan pengangkutan paling optimis sementara kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu paling kurang optimis.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita