Sektor pengilangan makanan catat rekod keselamatan terburuk: MOM
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pengilang makanan adalah sektor yang mempunyai rekod keselamatan terburuk dalam kalangan syarikat pengilangan.
Sektor tersebut mencatatkan jumlah kematian dan kecederaan utama tertinggi pada separuh kedua tahun lalu.
Dalam enam bulan pertama tahun ini, ia mencatatkan bilangan kedua tertinggi dari segi kematian dan kecederaan teruk.
MOM sudahpun melakukan 450 pemeriksaan pada awal tahun ini, yang mana pihaknya menemui lebih 1,000 kes bermasalah.
Subsektor tersebut juga didapati kurang memberikan penekanan terhadap Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH).
Sejauh ini, MOM mengeluarkan satu Perintah Berhenti Kerja (SWO) dan 21 Denda Komposisi berjumlah lebih S$31,000.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bahawa langkah-langkah keselamatan asas tidak dilaksanakan dengan sempurna di sesetengah syarikat.
Ini termasuk pembukaan mesin berkawal, menyediakan laluan selamat untuk keluar masuk ke tapak pekerjaan dan memasang pagar pembatas jalan untuk mengelak pekerja daripada terjatuh.
Kementerian itu memperhebatkan pemeriksaan terhadap sektor pengilangan.
Tindakan akan diambil terhadap syarikat-syarikat atau individu yang terus gagal mematuhi peraturan keselamatan.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.