Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor penerbangan tempatan digesa teruskan usaha pendigitalan, kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor penerbangan tempatan digesa teruskan usaha pendigitalan, kemampanan

Simulator penerbangan antara khidmat tambahan SIA bagi lawatan ke kemudahan syarikat itu. (Gambar: Singapore Airlines)

SINGAPURA: Sektor penerbangan tempatan digesa supaya meneruskan usaha pendigitalan dan kemampanannya.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata bahawa "industri sejagat akan menjalani pembentukan semula yang besar selepas tamatnya pandemik COVID-19 walaupun ia kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan".

Beliau berkata demikian semasa perasmian Makmal Korporat Penerbangan Digital antara Singapore Airlines (SIA) dengan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Makmal itu bertujuan menghasilkan huraian-huraian teknologi baru bagi meningkatkan khidmat dan operasi kakitangan kabin SIA.

Makmal baru itu akan memacu sektor penerbangan, dengan memanfaatkan kepakaran syarikat-syarikat tempatan dalam bidang kajian dan pengembangan.

Kemudahan bernilai $45 juta ini akan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), sains data dan sains tentang tidur.

Sebagai permulaan, ia akan menumpukan perhatian kepada bidang-bidang utama seperti menyusun semula latihan bagi para kakitangan kabin, meningkatkan kesejahteraan mereka dan mengubah pengalaman penumpang.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan