Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor penerbangan boleh capai paras 90% jumlah tenaga kerja sebelum pandemik jelang hujung 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2022 10:38PM Dikemas Kini : 27 May 2022 11:23PM
SINGAPURA: Sektor penerbangan boleh mencapai paras 90 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya sebelum pandemik menjelang hujung tahun ini.

Satu pesta kerjaya sektor itu diadakan hari ini (27 Mei) dan esok (28 Mei).

Pesta Kerjaya OneAviation itu memberi peluang kepada syarikat-syarikat sektor penerbangan mendapatkan sehingga 2,000 pekerja secara langsung.

Antara pekerjaan yang ditawarkan termasuk kakitangan kabin dan jurutera.

Lebih 20 syarikat penerbangan terlibat dalam pesta kerjaya ini demi menyokong pemulihan segera sektor tersebut.

"Kami meningkatkan usaha pengambilan pekerja bukan sahaja dengan memudahkan kepulangan para pekerja yang meninggalkan sektor ini semasa pandemik tetapi juga kami mengambil langkah-langkah untuk mempromosikan pekerjaan menarik dan bermutu kepada para graduan baru serta mereka yang mahu bertukar kerjaya. Ini termasuk peranan-peranan baru dalam kemampanan dan teknologi," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Chee Hong Tat.
Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan