Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor pendidikan, IT ambil lebih banyak bakat dalam bidang mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 May 2022 08:30PM Dikemas Kini : 12 May 2022 11:34PM

SINGAPURA: Peralihan Singapura ke bidang mesra alam semakin rancak khususnya dalam pasaran pekerjaan dengan sektor pendidikan serta teknologi maklumat memacu pertumbuhan dalam pengambilan pekerjaan sedemikian.

Namun, kadarnya hanya 15 peratus lebih tinggi tahun lalu berbanding lima tahun lalu.

Para pakar berkata Singapura masih jauh lagi dalam perjalanan tersebut.

Menurut satu tinjauan LinkedIn baru-baru ini, industri sofwe dan perkhidmatan IT antara yang paling banyak menggajikan pekerja yang ada kaitan dengan mesra alam pada tahun lalu.

Selain industri itu, sektor pendidikan serta kewangan juga menyaksikan perkembangan yang sama.

Walaupun jumlah pengambilan pekerjaan mesra alam naik 15 peratus tahun lalu berbanding 2016, LinkedIn mendapati hampir separuh daripada kesemua pengambilan pekerja tahun lalu adalah bagi pekerjaan bukan mesra alam.

Masih banyak perlu dilakukan jika Singapura mahu mencapai sasaran dalam Pelan Hijau 2030.

Namun seorang pakar percaya dengan tumpuan semakin meningkat terhadap kemampanan, lebih banyak syarikat akan menggajikan bakat mesra alam dalam pelbagai peranan dan tiada industri akan terkecuali.

Selain itu, beliau percaya kemampanan akan menjadi keperluan asas berhubung cara syarikat beroperasi.

Lantaran itulah, sektor pendidikan menyaksikan pertumbuhan yang kukuh bagi pengambilan pekerjaan mesra alam untuk menyiapkan serta melengkapi tenaga kerja bagi keperluan masa depan lebih hijau.

Sumber : CNA/RU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa