Skip to main content

Singapura

Sektor pendidikan awal kanak-kanak antara pilihan paling popular pekerja pertengahan kerjaya

Hampir 1,000 pekerja beralih menceburi sektor pendidikan awal kanak-kanak menerusi Program Penukaran Kerjaya tahun lalu, dedah WSG.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Sep 2022 09:09PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 12:06AM
SINGAPURA: Sektor pendidikan awal kanak-kanak adalah antara tiga sektor paling popular dalam kalangan pemohon pertengahan kerjaya di Singapura tahun lalu.

Menurut Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), hampir 1,000 pekerja beralih menceburi sektor tersebut menerusi Program Penukaran Kerjaya.

Sekitar 85 peratus daripada mereka berusia bawah 40 tahun.

Program Penukaran Kerjaya membolehkan golongan pekerja untuk mendapatkan diploma dalam bidang yang relevan sambil melakukan penempatan kerja.

Sebilangan guru prasekolah berkata industri itu boleh meraih manfaat daripada pengalaman guru yang lebih dewasa.

Awal minggu ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan ia sedang menyemak gaji golongan guru tersebut bagi memikat dan mengekalkan bakat.

Kementerian itu sedang bekerjasama dengan pengendali seperti Skool4Kidz dan PCF Sparkletots untuk membincangkan langkah-langkah seterusnya.

Sedang keprihatinan mengenai gaji dan latihan ditangani, minat terhadap sektor itu juga dijangka berkembang.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita