Sektor pelancongan SG bakal dipertingkatkan, kenal pasti peluang baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sektor pelancongan akan dipertingkatkan lagi menerusi Pelancongan 2040, suatu strategi dan pelan hala tuju jangka panjang bagi mengenal pasti peluang-peluang baharu dan meneruskan arus pertumbuhan selanjutnya.
Langkah tersebut diumumkan setelah Singapura menarik 13.6 juta pelancong dan perbelanjaan pelancongan melebihi jangkaan serta mencecah S$27.2 bilion tahun lalu.
Jumlah itu turut menghampiri tahap sebelum pandemik.
Malah, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) kini turut meningkatkan ramalan perbelanjaan pelancong tahun ini kepada sekitar S$27.5 bilion hingga S$29 bilion.
Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Singapura menyambut sekitar 5.7 juta pelancong antarabangsa.
Ini sekitar 90 peratus jumlah sebelum pandemik.
Jumlah tersebut didorong oleh acara-acara mega dan konsert berpforil tinggi yang diadakan.
Daripada Pertunjukan Udara Singapura, hinggalah kepada konsert-konsert seperti Coldplay dan Taylor Swift.
Bagi mengekalkan prestasi kukuh itu,
STB bakal melancarkan pelan hala tuju jangka panjang.
Dinamakan Pelancongan 2040, ia bertujuan memacu pelancongan bermutu tinggi bagi pelancong.
"Dalam visi kami buat 2040, kami melihat destinasi bertaraf antarabangsa dengan pengalaman yang pelbagai, unik dan memberi inspirasi buat para pelancong, sebuah tempat tinggal bertenaga lagi menawan yang dibanggakan oleh rakyat Singapura dan penduduknya serta sebuah hab global bagi perusahaan pelancongan yang inovatif dan produktif, di mana syarikat-syarikat dan bakat-bakat bersama-sama mencipta pertumbuhan pelancongan yang mampan," kata Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan Grace Fu.
SG BAKAL ADA 2 PUSAT TARIKAN BAHARU
Singapura juga bakal mendapat dua pusat tarikan baharu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Sebuah pusat kesejahteraan akan dibina berhampiran Marina Barrage menjelang 2030.
Walaupun butiran lanjut hanya akan dikeluarkan apabila STB melancarkan tender dalam tempoh beberapa bulan akan datang,
berikut beberapa tawaran yang kini tersedia di pasaran.
Daripada kemudahan mandi yang mengalakkan anda tidur lena,
kepada penyembuhan menerusi bunyi dengan senarai lagu-lagu khas.
Sebilangan hotel di Singapura menawarkan pengalaman sedemikian bagi membantu para pelancong berehat dengan lebih baik lagi.
Tawaran-tawaran sebeginilah yang mungkin disediakan di kemudahan baharu di Marina itu.
Ini di samping kemudahan lain seperti terapi seni dan aktiviti sukan air.
Pasaran kesejahteraan global dijangka mencecah lebih AS$8 trilion (S$11 trilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sumber : CNA/AT/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.