Skip to main content

Singapura

Sektor pelancongan, perkhidmatan S'pura terjejas akibat virus Wuhan

Dengan lebih 50 juta orang di bandar Wuhan dan kawasan sekitarnya tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar bandar bagi mengekang penularan virus korona, sektor pelancongan dan perkhidmatan Singapura mungkin terjejas.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jan 2020 07:11PM Dikemas Kini : 30 Jan 2020 10:02PM

SINGAPURA: Dengan lebih 50 juta orang di bandar Wuhan dan kawasan sekitarnya tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar bandar bagi mengekang penularan virus korona, sektor pelancongan dan perkhidmatan Singapura mungkin terjejas.

Ini lebih-lebih lagi, pelancong dari China yang membentuk sekitar 20% pelancong di Singapura.

Pada 11 bulan pertama tahun lalu sahaja, hampir 3.8 juta pelancong China bercuti di sini.

Namun pada Januari, rancangan percutian bagi sekitar 500 kumpulan pelancong China terjejas. 

Beberapa syarikat penerbangan juga melaksanakan langkah berjaga-jaga.

Jetstar misalnya, melakukan penerbangan terakhir ke Hefei, Guiyang dan Xuzhou hari ini (30 Jan).

Scoot pula menggantung penerbangan antara Singapura dengan Wuhan sehingga hujung Mac dan sebaliknya menawarkan pilihan lain kepada para penumpang.   

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita