Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor pelancongan ingin ambil lebih ramai pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Apr 2022 08:45PM Dikemas Kini : 06 Apr 2022 09:13PM

SINGAPURA: Sektor pelancongan Singapura yang kehilangan sepertiga atau sekitar 25,000 pekerjaan ekoran pandemik COVID-19, kini mahu mengambil lebih ramai pekerja.

Ini sedang pemulihan terus dilihat dalam sektor itu.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan latihan dan sokongan pekerjaan akan dapat membantu perniagaan melakukan transformasi secara digital dan menawarkan lebih banyak pengalaman baru untuk pelancong.

STB menyatakan Hab Kerjaya Pelancongan yang ditubuhkan awal tahun ini akan menjadi kunci untuk mengisi kerja kosong.

Hab itu buat masa ini menawarkan lebih 200 kursus dan bengkel pekerjaan dalam bidang pelancongan.

Portal pekerjaan pelancongannya juga mempunyai lebih 270 pekerjaan dari majikan industri pelancongan dan lebih banyak lagi disertakan setiap minggu, menurut STB.

Sumber : CNA/DY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan