Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor maritim terima dana S$36 juta untuk guna teknologi dan AI

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2022 06:40PM Dikemas Kini : 11 Oct 2022 09:29PM

SINGAPURA: Industri maritim Singapura akan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) serta teknologi-teknologi lain pada skala lebih besar untuk menjadi lebih mesra alam sambil meningkatkan kecekapan dan keselamatannya. 

Menurut pengumuman Institut Maritim Singapura (SMI) di sebuah forum pada Selasa (11 Okt), lebih S$36 juta dalam bentuk dana kajian akan diperuntukkan.

Jumlah S$22 juta akan disalurkan ke dua pusat kajian dan pengembangan (R&D) untuk menghasilkan sumber tenaga mesra alam dan memperbaiki huraian digital. 

Sekitar S$4 juta pula akan digunakan untuk menjadikan saranan-saranan AI dari tiga universiti tempatan satu kenyataan.

Ini termasuk usaha untuk membantu kapal menguruskan pelepasan gas.

Beberapa perjanjian juga dimeterai untuk memulakan program kajian AI yang baru serta kemudahan baru untuk menguji huraian keselamatan siber. 

Menteri Negara Kanan Kementerian Pengangkutan Chee Hong Tat berkata usaha R&D sedemikian adalah anak kunci bagi negara ini mencapai banyak lagi dengan sumber yang terhad. 

"Kesemua teknologi berbeza ini direka oleh manusia, untuk manusia. Jadi gabungan manusia dengan mesin ini, saya rasa akan terus kekal penting. Kita bukan sedang mencuba menggantikan manusia dengan kecerdasan buatan atau pembelajaran mesin, kami sedang cuba untuk meluaskan lagi keupayaan pekerja manusia melalui alat-alat tambahan," ujar Encik Chee. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan