Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor khidmat kewangan bakal wujudkan 4,000 pekerjaan setiap tahun

Anggaran Waktu Membaca:
 Sektor khidmat kewangan bakal wujudkan 4,000 pekerjaan setiap tahun

Gambar fail kawasan pusat bandar Singapura, CBD. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 15 Sep 2022 08:33PM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 08:36PM
SINGAPURA: Sektor perkhidmatan kewangan Singapura mahu mewujudkan sehingga 4,000 pekerjaan setiap tahun sehingga tahun 2025.

Sektor itu akan menerima sokongan S$500 juta menerusi perancangan perubahan industri yang dikemas kini.

Sektor itu diramal berkembang antara 4 peratus hingga 5 peratus setiap tahun.

Geran-geran berjumlah S$400 juta akan membantu memupuk bakat lebih ramai rakyat Singapura untuk menjadi pemimpin dalam industri kewangan dan membangunkan pakar-pakar kewangan tempatan dalam bidang-bidang pertumbuhan seperti kemampanan dan teknologi.

Baki dana itu akan digunakan bagi membina keupayaan dalam teknologi kewangan mesra alam, risiko iklim dan insurans semula serta membangunkan huraian-huraian kewangan mampan.

Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), bidang-bidang tumpuan lain termasuk pendigitalan infrastruktur kewangan dan meningkatkan ketersambungan wadah pembayaran.

Semasa melancarkan Perancangan Perubahan Industri pada Khamis (15 Sep), Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata industri kewangan perlu merebut peluang-peluang baru sedang persekitaran luar menjadi bertambah rumit dan mencabar.

"Kita sedang memasuki fasa di mana risiko-risiko makroekonomi dan geopolitik kian meningkat. Pemacu-pemacu utama seperti teknologi dan pendigitalan mempunyai potensi untuk mengubah serta mengganggu pasaran dan perkhidmatan kewangan," kata Encik Wong.

Tambahnya lagi, sektor kewangan perlu mengorak langkah berani bagi menjadi pemangkin untuk beralih kepada kemampanan, memandangkan Asia kekal sebagai rantau yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dalam ekonomi global di mana Singapura perlu menyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
Sumber : CNA/ZA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan