Sektor kewangan dijangka tawar 9,400 kerja kosong tahun ini

Gambar fail: AFP
SINGAPURA: Sekitar 9,400 pekerjaan dijangka ditawarkan dalam sektor kewangan Singapura tahun ini.
Ini sedang institusi-institusi beralih ke arah pendigitalan bagi menjana pertumbuhan masing-masing.
Sekitar sepertiga daripada pekerjaan tersebut dijangka berasaskan teknologi dengan permintaan paling rancak dijangkakan dalam bidang pembangunan dan kejuruteraan sofwe.
Demikian menurut Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Ravi Menon, semasa satu forum kewangan pada Khamis (19 Mei).
Menurut beliau, sektor kewangan akan memerlukan "tenaga kerja yang siap untuk masa depan", yang terasnya merangkumi rakyat Singapura dan disokong oleh bakat global.
"Mengalu-alukan bakat global bukan suatu pilihan - ia suatu keperluan. Sektor kewangan sedang berkembang pesat dan mencipta lebih banyak pekerjaan yang tidak dapat ditampung para pekerja tempatan.
"Pasaran buruh kita sedang mengecut dengan kerja-kerja kosong tidak terisi dan kenaikan gaji.
"Jika kita tidak kekal terbuka kepada bakat asing, sektor kewangan kita akan hilang daya persaingannya dan pertumbuhannya akan kurang baik," ujar Encik Menon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.