Sektor kesihatan ambil 5,600 pekerja baharu pada 2023, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata sektor kesihatan mengambil 5,600 pekerja baharu tahun lalu, iaitu 40 peratus lebih tinggi daripada yang disasarkan.
Menurut Encik Ong, pekerja tersebut akan menggantikan jagaan kesihatan yang meninggalkan sektor itu semasa COVID-19, serta dapat mengukuhkan lagi tenaga kerja sektor itu.
Beliau mengumumkan demikian semasa melawat Hospital Tan Tock Seng sempena Tahun Baharu Cina dan sambutan ulang tahun ke-180 hospital itu pada Sabtu (10 Feb).
"Untuk jagaan kesihatan awam sahaja, tahun lepas, 2023, kita terima 5,600, warga tempatan dan juga jururawat asing yang menerima tawaran kerja. Dan 4,500 sudahpun berdaftar dan kemungkinan besar sudah mula bekerja.
"Jadi sekarang tugas seterusnya adalah memastikan mereka disepadukan ke dalam sistem hospital kita dan boleh bekerja secara berpasukan," katanya.
Encik Ong menambah, pemerintah akan terus berusaha mendapatkan lebih banyak lagi jururawat.
Untuk terus mengekalkan tenaga kerja dalam sektor tersebut, Encik Ong berkata satu program insentif jangka panjang untuk jururawat akan diumumkan dalam masa dua minggu ini.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.