Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor infokom bidang pertumbuhan yang memberangsangkan: S Iswaran

Pada hari terakhir perbahasan mengenai Ucapan Presiden, Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata Singapura perlu menggunakan pendekatan berbeza dalam soal pengambilan pekerja sektor infokom.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Sep 2020 09:22PM Dikemas Kini : 04 Sep 2020 09:43PM

SINGAPURA: Pada hari terakhir perbahasan mengenai Ucapan Presiden, Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata Singapura perlu menggunakan pendekatan berbeza dalam soal pengambilan pekerja sektor infokom.

Memandangkan sektor itu mempunyai jangkauan global, syarikat-syarikatnya memerlukan kepelbagaian bakat.

Sungguhpun begitu, Encik Iswaran memberi jaminan kepada rakyat Singapura akan ada banyak peluang untuk mereka menceburi sektor itu.

Encik S Iswaran berkata ekonomi Singapura yang terbuka dan inklusif adalah aset berharga dan tidak patut disia-siakan.

Sikap keterbukaan inilah yang membolehkan Singapura mewujudkan peluang untuk rakyatnya dengan mengalu-alukan kehadiran firma dan bakat global.

"Saya rasa terjamin bahawa Ketua Pembangkang memaklumkan di dalam ucapannya bahawa kehadiran para pekerja asing "memberi kecergasan kepada Singapura yang menjadikan kita relevan dari segi ekonomi serta mewujudkan pekerjaan dan peluang-peluang untuk rakyat Singapura". Ia adalah satu isyarat penting dan titik permulaan yang baik," kata Encik Iswaran.

Usaha Singapura untuk kekal terbuka dan terhubung mendorong sektor infokom yang sedang berkembang.

Dianggarkan sekitar 22,000 pekerjaan diwujudkan dalam masa tiga tahun lalu.

Jumlah pekerjaan dalam sektor itu naik lebih 11 peratus dari 2016 hingga 2019 dengan kadar pekerja rakyat tempatan sebanyak 70 peratus.

Namun, Encik Iswaran menjelaskan bahawa firma-firma ICT masih memerlukan bakat-bakat global.

Bahkan firma-firma tempatan seperti Grab dan Singtel juga memerlukan bakat asing untuk berkembang di luar negara meskipun rakyat Singapura menjadi teras tenaga kerjanya.

Selain itu, Encik Iswaran berkata pemerintah mahu memastikan setiap rakyat dirangkumi dalam usaha pendigitalan negara. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan