Sektor ICT lebih mesra alam: dana S$30juta bagi kajian reka bentuk sofwe
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang merintis laluan bagi menjadikan sektor teknologi infokom (ICT) lebih mesra alam.
Peruntukan S$30 juta tersedia bagi penyelidikan yang dapat mengoptimumkan reka bentuk serta fungsi sofwe yang lebih cekap tenaga.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengundang para penyelidik dari institut-institut pengajian tinggi untuk bekerjasama dengan para pemain industri bagi menghasilkan huraian pengkomputeran hijau sedemikian.
Satu lagi program terkait dinamakan ujian sofwe hijau, yang meneliti keberkesanan pengurangan gas karbon dalam pelaksanaan di dunia nyata.
Ujian yang dilakukan akan menyediakan data berguna yang dapat bantu menghasilkan garis panduan bagi membangunkan sofwe mesra alam.
Rakan-rakan industri yang menyertai usaha ini termasuk 'Amazon Web Services', 'Ant Group' dan Institut Teknologi Singapura (SIT).
Semasa berucap di satu forum teknologi mampan pada Rabu (24 Jan), Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary berkongsi, pemerintah juga turut memainkan peranannya.
Ini termasuk memastikan agar bangunan-bangunan yang menempatkan data pusatnya menerima tanda hijau.
"Kami sedang menyatukan bilik-bilik server dan pusat-pusat data (DC) kendiri pemerintah menjadi DC Pemerintah terpusat yang dikendalikan GovTech. Ia menerima Tanda Hijau Platinum bagi keberkesanan daya tenaga," kata Dr Janil Puthucheary.
"Selain pusat-pusat data, GovTech turut menyertakan syarat-syarat hijau ke dalam pemerolehan ICT Pemerintah untuk mewujudkan rantaian nilai digital yang mampan," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.