Sektor HR bakal terima sokongan lebih menyeluruh di bawah pelan 5 tahun MOM
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Kementerian Tenaga Manusia (MOM)
SINGAPURA: Sektor sumber manusia (HR) bakal menerima sokongan lebih menyeluruh demi lebih sejajar dengan jenis pekerjaan dan jangkaan para pekerja yang berubah-ubah.
Sokongan itu disediakan di bawah satu pelan lima tahun yang dibentangkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Menurut pelan itu, para karyawan HR memainkan peranan penting dalam memastikan majikan memiliki bakat yang diperlukan sedang mereka merubah perniagaan masing-masing.
"Perniagaan-perniagaan yang mempunyai HR yang kukuh dan strategik membolehkannya untuk kekal berdaya saing, mampu memikat dan mengembangkan bakat yang sesuai, untuk menyokong matlamat-matlamat perniagaan dan merebut peluang-peluang baru," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.
Sedang perniagaan-perniagaan menggunakan lebih banyak teknologi dalam operasinya, sebuah pusat baru akan membantu para karyawan HR untuk mereka semula jawatan-jawatan para pekerja.
Lebih banyak dana juga akan disediakan untuk membantu syarikat-syarikat melaksanakan proses pendigitalan bagi fungsi HR.
Contohnya dalam pengambilan pekerja dan memberi ganjaran kepada pekerja.
Di samping itu, untuk membantu syarikat-syarikat menawarkan gaji lebih berdaya saing, maklumat pasaran mengenai gaji dan faedah akan dikongsi menerusi portal MOM.
Sebilangan sektor yang amat bergantung kepada tenaga kerja juga akan menerima bantuan bersasar.

Sumber : CNA/AI/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.