Sektor F&B sedang pulih; syarikat digesa terus manfaatkan pendigitalan pacu perniagaan
Sektor makanan dan minum F&B sedang pulih dengan banyak syarikat melaporkan pendapatan naik sekitar 70 peratus hingga 80 peratus paras sebelum COVID-19.
SINGAPURA: Sektor makanan dan minum F&B sedang pulih dengan banyak syarikat melaporkan pendapatan naik sekitar 70 peratus hingga 80 peratus paras sebelum COVID-19.
Berkongsi perkembangan itu semasa melawat sebuah restoran dim sum petang tadi (30 Nov), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menjelaskan syarikat-syarikat yang memanfaatkan teknologi digital memacu majoriti pemulihan perniagaan.
Encik Chan menambah, langkah pendigitalan amat penting bagi syarikat-syarikat katering serta kedai-kedai di kawasan CBD dan yang berkaitan dengan pelancongan, semuanya masih pulih dengan perlahan.
Makanan yang ditempah secara online dan dihantar dengan cepat merangkumi 45 peratus penjualan F&B pada bulan Mei ketika pemutus rantaian jangkitan COVID-19 berkuatkuasa.
Penjualan F&B kini 20.4 peratus tetapi masih lebih tinggi daripada jumlah yang dicatatkan pada Januari lalu iaitu sebelum berlakunya pandemik COVID-19.
Encik Chan berkata ia satu contoh bagaimana syarikat F&B mengalihkan tumpuan kepada khidmat penghantaran makanan dengan cepat bagi mengurangkan kesan COVID-19.
Maka itu pemerintah akan terus membantu syarikat-syarikat F&B dengan daya usaha mengurangkan kos perniagaan menerusi Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan.
Pakej tersebut sudah membantu lebih 13,000 syarikat F&B sejauh ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.