Sektor borong diperbaharui galak guna teknologi, perluas operasi ke luar negara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA
SINGAPURA: Firma borong di Singapura tidak lama lagi akan mendapat lebih banyak bantuan untuk berinovasi dan menggunakan teknologi dalam proses kerja mereka di samping mengembangkan operasi dalam pasaran luar negara.
Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang diperbaharui bagi sektor borong dilancarkan pada Khamis (5 Jan), sedang sektor tersebut berusaha untuk memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab perdagangan.
ITM pertama kali dilancarkan pada 2017 dan diperbaharui untuk mengemas kini proses supaya kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi global yang berubah-ubah.
Syarikat-syarikat boleh menjangkakan lebih banyak sokongan daripada pemerintah dalam sektor yang penting untuk Singapura, sedang ekonomi-ekonomi lain bersiap sedia untuk berdepan kemelesetan.
Setakat 2020, lebih 8,000 syarikat perdagangan borong sudah menggunakan huraian-huraian digital.
Transformasi sedemikian membantu sektor borong, tetapi strategi keseluruhannya masih perlu diubah suai untuk setanding dengan perkembangan zaman, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.
"Lanskap ekonomi global hari ini sangat berbeza daripada waktu ITM mula diperkenalkan. Perkembangan global menyebabkan gangguan rantaian bekalan global dan meningkatkan kos secara ketara," katanya.
ITM yang diperbaharui itu dibuat sedang sektor borong terus berkembang, menyumbang 18 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Singapura pada 2021, naik dari 15 peratus pada 2015.
Antara penyumbangnya ialah peniaga makanan laut Fish International Sourcing House, atau FISH, yang berdagang setiap hari dengan kira-kira 90 negara dan wilayah seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Afrika.
Pemerintah menyasarkan untuk memperluaskan rangkaian perdagangan Singapura, dan membantu firma berinovasi serta berkembang ke luar negara melalui pemadanan perniagaan dan skim bantuan kewangan.
Strategi yang dikemas kini itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh FISH, sedang ia membangunkan rangkaian baru snek ikan berasaskan tumbuhan dan mempergiat usaha penyelidikan pasaran globalnya.
Kilang pemprosesannya yang baru di Boon Lay mengendalikan 6.8 juta kg makanan laut setahun, termasuk salmon, krustasea dan moluska.
Firma itu memenuhi permintaan melalui automasi, dengan peningkatan teknologi membantu meningkatkan produktiviti lebih 50 peratus.
Sebagai contoh, ia menggunakan mesin untuk membahagikan ikan, tugas yang kini memerlukan dua pekerja, turun daripada sekitar enam orang yang diperlukan sebelum ini.
Sensor-sensor pada mesin mengimbas dan mengesan bahagian ikan sebelum menghirisnya mengikut berat dan saiz yang dikehendaki. Ini bukan sahaja mengurangkan jumlah masa yang diperlukan tetapi juga mempertingkat ketepatan ukuran.
Ketua pegawai eksekutif Alvin Loy berkata firma itu terus berinovasi secara aktif dan meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.