Sektor binaan catat 15 kematian di tempat kerja pada separuh kedua 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Kementerian Tenaga Manusia/Facebook
SINGAPURA: Sebanyak 15 kematian di tempat kerja dicatatkan dalam sektor binaan pada separuh kedua 2024 setakat ini, tiga kali ganda berbanding separuh pertama tahun ini.
Sebanyak 20 kematian dalam sektor itu dicatatkan pada 2024 setakat ini, lebih tinggi berbanding 18 kematian yang dilaporkan pada 2023.
Dalam catatan Facebook pada Jumaat (13 Dis), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa prestasi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi sektor binaan semakin "membimbangkan" tahun ini.
"Kebanyakan insiden ini disebabkan oleh kekurangan langkah keselamatan asas atau ketidakpatuhan kepada langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan. Ini menunjukkan rasa terlalu berpuas hati dan kekurangan sikap pemilikan dan tanggungjawab terhadap keselamatan di tempat kerja," menurut MOM.
"Memandangkan kita sedang berada dalam musim perayaan, sesetengah syarikat mungkin tergoda untuk mengambil jalan mudah untuk menepati tarikh akhir projek. Sungguhpun demikian, kita tidak boleh memandang ringan terhadap keselamatan."
Bulan lalu, Pasukan Petugas Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Pelbagai Agensi (MAST) dan persatuan-persatuan industri menggesa sektor binaan untuk melaksanakan tempoh berhenti kerja demi keselamatan para pekerja binaan.
Sepanjang tempoh tersebut, syarikat-syarikat binaan menyemak rutin kerja harian mereka untuk menilai semula sistem dan proses kerja berhubungh keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sedia ada.
Selepas itu, mereka harus melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan amalan keselamatan sentiasa terkini dan mengekalkan piawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang baik.
MOM juga telah meningkatkan usaha penguatkuasaan, dengan lebih 400 pemeriksaan dijalankan pada bulan Oktober dan November.
Pemeriksaan itu membawa kepada denda berjumlah lebih S$300,000 dan 13 perintah berhenti kerja dikeluarkan.
"Tindakan penguatkuasaan ini mengukuhkan lagi sikap tidak bertolak ansur MOM terhadap ketidakpatuhan peraturan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mengingatkan syarikat dan individu tentang padah yang serius jika mereka gagal berbuat demikian," tegas MOM.
Jika keadaan tidak bertambah baik, MOM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas syarikat dan individu yang tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Majikan-majikan mesti memastikan langkah-langkah keselamatan disediakan dan pekerja perlu mematuhi langkah-langkah tersebut, tambah MOM.
Mereka mesti sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan kekal menjadi keutamaan nombor satu.
"Apabila semua orang memainkan peranan masing-masing, kedua-dua pekerja dan syarikat binaan boleh berkembang maju dengan selamat," kata MOM.
Awal bulan ini, seorang pekerja binaan warga Thailand berusia 58 tahun maut di tapak perobohan di Pulau Jurong selepas dihempap konkrit besar. Dia mengendalikan jengkaut gerudi untuk merobohkan struktur konkrit apabila sebahagian daripada struktur itu tumbang ke atas jengkaut.
Pada 21 Okt, seorang pekerja binaan maut selepas dihempap pagar besi di tapak kerja di Yishun. Warga China itu sedang menolak bingkai itu apabila ia menghempapnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.