Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor berbeza perlu ganding bahu capai aspirasi sedang masalah semakin kompleks, kata Edwin Tong

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2022 06:28PM Dikemas Kini : 10 Nov 2022 11:00PM

SINGAPURA: Bersatu demi mencapai aspirasi kolektif.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong menyeru para pemimpin perniagaan, masyarakat serta pemerintah untuk bersama memanfaatkan kemahiran bagi membantu golongan terpinggir dan membentuk masa depan Singapura.

Ini sedang masalah ekonomi dan sosial Singapura menjadi semakin kompleks. 

"Dunia sedang memasuki zaman krisis poli - krisis iklim, krisis tidak sama rata serta krisis kepercayaan dan juga kesejahteraan. Saya rasa ketiga-tiga faktor ini datang bersama, pengantaramukaan, bersilang dan dalam beberapa cara juga berinteraksi antara satu sama lain. Ketiga-tiga masalah ini akan menjejas cara kita melihat masalah dan menangani masalah," kata Encik Tong.

Encik Tong berkata demikian di Persidangan Pusat Kepimpinan Sistem (CSL) pada Khamis (10 Nov).

Bercakap kepada lebih 150 pemimpin peringkat C-suite, pemimpin sektor sosial dan pakar pemimpin sistem, beliau menggesa mereka supaya berfikir di luar disiplin masing-masing untuk melihat masalah yang dihadapi sektor lain serta juga merentas sektor. 

Para peserta kemudian juga berkongsi amalan terbaik mereka dalam menangani isu-isu mendesak masyarakat.

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan