Skip to main content

Singapura

Sektor awam Singapura bakal belanjakan sekitar S$3.3 bilion untuk teknologi infokom

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor awam Singapura bakal belanjakan sekitar S$3.3 bilion untuk teknologi infokom

(Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 24 May 2023 07:52PM
SINGAPURA: Sektor awam Singapura bakal membelanjakan sekitar S$3.3 bilion untuk teknologi infokom dalam tahun kewangan sekarang.

Sepertiga akan tertumpu kepada usaha meningkatkan pengalaman pengguna di lelaman pemerintah serta menyimpan data pelawat dengan selamat.

Dan sektor privet dijangka meraih manfaat daripada inovasi yang diperlukan sektor awam itu.

Semasa pandemik, warga Singapura merujuk kepada portal GoWhere bagi mencari lokasi untuk menjalani ujian atau suntikan vaksin.

Namun tidak ramai yang tahu, pemerintah mengembangkannya bersama sebuah syarikat tempatan.

Ia satu pengalaman berharga, kerana kerjasama tersebut ternyata telah memberi manfaat kepada jutaan warga tempatan.

Hampir S$1.5 bilion akan dibelanjakan untuk lebih banyak kerjasama sedemikian dalam tahun kewangan ini.

Ia membentuk 45 peratus daripada peruntukan yang disediakan - satu lonjakan daripada kadar 27 peratis tahun lalu.

Menurut agensi pemerintah GovTech, terlibat sama dalam proses pembangunannya, memastikan halaman dan app berbeza boleh berfungsi bersama dengan lancar.

Ini terutama kerana majoriti produk yang dihasilkan memanfaatkan khidmat 'cloud' bagi memudahkan orang ramai.

"Pertama, menyediakan aplikasi menerusi 'cloud' membolehkan kita untuk meningkatkannya dengan lebih pantas. Kedua, ia juga menjimatkan wang pemerintah, sekitar 30 peratus hingga 40 peratus penjimatan biaya," kata Kok Ping Soon, Ketua Eksekutif, GovTech.
Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita