Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sektor awam boleh main peranan galak penyumberan mampan: Grace Fu

Menteri MSE Grace Fu berkata selaku pembeli utama barangan dan perkhidmatan, sektor awam boleh pengaruhi pembekal supaya lebih mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor awam boleh main peranan galak penyumberan mampan: Grace Fu

Gambar: Facebook/Grace Fu

Diterbitkan : 06 Dec 2021 07:31PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 07:32PM

SINGAPURA: Sebagai pembeli utama barangan dan perkhidmatan, sektor awam boleh mempengaruhi pembekal untuk bertukar kepada penyumberan secara mampan.

Menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, penting untuk sektor niaga melakukan perkara yang sama.

Mereka contohnya boleh meletakkan sasaran potongan pengeluaran gas karbon bagi rantai bekalan syarikat

Cik Fu berucap di Forum Perolehan Mampan hari ini (6 Dis).

"Mempunyai rantaian bekalan yang mampan bukan sahaja sesuatu yang wajar dilakukan, malah penting untuk perniagaan. Isu kemampanan kini menjadi topik perbincangan utama bagi kebanyakan korporat di Singapura. Kami jangkakan yang serupa bagi SME tempatan tidak lama lagi," kata Cik Fu. 

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan