Sektor air negara sasar kurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 10%
Sektor air negara mahu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 10 peratus tahun ini.
(Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Sektor air negara mahu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 10 peratus tahun ini.
Satu kumpulan yang mewakili lebih 300 anggota akan menerima bantuan daripada Majlis Sekitaran Singapura (SEC) menerusi satu persetujuan yang dimeterai hari ini (11 Jan).
SEC akan menyediakan latihan tentang aspek kemampanan secara kerap dan bekerjasama dengan Persatuan Air Singapura untuk memastikan firma-firma mendapat pentauliahan piawai hijau global.
Acara menandatangani perjanjian itu disaksikan Menteri Kanan Kemampanan dan Sekitaran Dr Amy Khor.
SEC juga merancang untuk bekerjasama dengan industri makanan dan daya tenaga memandangkan sektor-sektor tersebut berkait rapat.
Misalnya banyak air digunakan untuk menghasilkan makanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.