Sekolah undang-undang NUS pindah ke kampus Kent Ridge pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NUS)
SINGAPURA: Sekolah Undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) akan kembali ke kampus Kent Ridge buat tahun akademik baharu mulai Ogos 2025.
Fakulti Undang-undang NUS (NUS Law), yang kini terletak di kampus universiti di Bukit Timah, akan berpindah ke premis Kolej Yale-NUS, yang terletak di University Town.
Menurut NUS dalam kenyataan media pada Isnin (27 Mei), ini akan berlaku selepas kumpulan penuntut Kolej Yale-NUS terakhir menamatkan pengajian pada Mei 2025.
Kini, Fakulti Undang-undang NUS mempunyai kira-kira 1,000 mahasiswa, 250 penuntut lepasan ijazah dan 160 kakitangan fakulti sepenuh masa.
"HUBUNGAN LEBIH ERAT DENGAN MASYARAKAT"
NUS menyatakan keputusan untuk kembali ke Kent Ridge diambil selepas pertimbangan dan perancangan yang teliti dibuat. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pendidik semua penuntut.
"Pelajar Undang-undang NUS akan meraih manfaat daripada peluang untuk meningkatkan pembelajaran pelbagai disiplin dengan akses yang lebih mudah kepada pelbagai pilihan kursus, seperti kursus elektif bukan undang-undang dan 'minor' bukan undang-undang, yang ditawarkan oleh kolej, fakulti dan sekolah lain di Kent Ridge, serta berpeluang untuk bergaul dengan pelajar seramai 50,000 orang daripada pelbagai disiplin dan latar belakang," menurut NUS.
"Mereka juga akan dapat menjalani kehidupan yang bertenaga sebagai pelajar, mempunyai pilihan kediaman yang pelbagai dan pengalaman di luar bilik darjah di Kent Ridge. Ini akan membawa kepada perpaduan lebih kukuh, ikatan masyarakat lebih erat dan perkembangan lebih baik setiap pelajar dari segi pertumbuhan dan pembangunan peribadi."
NUS menambah bahawa integrasi fakulti undang-undang dan kakitangan ke dalam kampus utama akan memupuk "persekitaran akademik lebih bertenaga, menggalak kerjasama dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran".
Pusat Undang-undang Antarabangsa NUS, iaitu pusat penyelidikan peringkat universiti, juga akan berpindah bersama Fakulti Undang-undang NUS dari Bukit Timah ke kampus Kent Ridge.
PREMIS YALE-NUS
Kolej Yale-NUS akan ditutup pada 2025, dengan kumpulan terakhirnya akan menamatkan pengajian pada Mei tahun itu.
Menurut NUS, apabila Fakulti Undang-undang NUS berpindah ke premis Kolej Yale-NUS, ia akan menjadi jiran kepada Kolej NUS, dengan kedua-dua fakulti berada di premis yang sama.
NUS menambah bahawa "ia akan memastikan pemindahan Fakulti Undang-undang NUS ke premis baharunya berjalan dengan lancar".
Ketika ditanya oleh Mediacorp mengenai apa yang akan berlaku kepada kampusnya di Bukit Timah, NUS menyatakan bahawa ia sedang meneroka rancangan untuk menggunakan dan menyediakan ruang tersebut berdasarkan keperluannya, dan akan mengkaji pelbagai pilihan dengan teliti.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.