Skip to main content

Singapura

Sekolah-sekolah perintis SBB terima kumpulan pertama pelajar Menengah 1

Murid-murid Darjah 6 melaporkan diri di sekolah menengah baru mereka hari ini (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Dec 2019 08:44PM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 11:13PM

SINGAPURA: Murid-murid Darjah 6 melaporkan diri di sekolah menengah baru mereka hari ini (23 Dis).

Ini termasuk mereka yang akan menyertai sekolah-sekolah yang merintis Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB).

Ini bermakna para pelajar daripada pelbagai aliran akan bergabung dalam kelas mereka mulai tahun depan.

TIGA ALIRAN AKADEMIK BEREZA DICAMPURKAN

Sekolah Menengah Swiss Cottage adalah salah satu sekolah menengah yang akan merintis Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB).

Para pelajar baru sekolah itu daripada tiga aliran akademik berbeza akan dicampurkan dalam satu kelas dan mengambil subjek bersama seperti Rekaan & Teknologi serta Muzik.

Ini dilakukan supaya mereka dapat lebih banyak peluang untuk berinteraksi.

Pengetua Swiss Cottage berkata ibu bapa lebih ingin tahu tentang bagaimana guru-guru di sekolah ini dapat menguruskan kepelbagaian dalam kelas.

Sekolah itu juga akan membuka satu lagi kelas Menengah 1 untuk membolehkan jadual kelas yang lebih baik.

Guru-guru sudah menjalani latihan sepanjang enam bulan lalu untuk memenuhi keperluan pelbagai pelajar.

SEKOLAH MENENGAH EVERGREEN JUGA RINTIS SBB

Satu lagi sekolah menengah yang akan merintis SBB Penuh ialah Sekolah Menengah Evergreen.

Beberapa ibu bapa ditemui Mediacorp tidak mengetahui skim baru tersebut tetapi meluahkan rasa positif terhadap perubahan itu.

Sekolah Menengah Evergreen akan membuka satu saluran untuk para pelajar mendapatkan penjelasan atau memberi maklum balas. 

Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita