Singapura iklan
Sekolah Rendah Perempuan Raffles juara kuiz Cepat Tepat edisi ke-4

(Dari kiri) Allysha Asmadi, Nor Hannah Mohamed Hafiz , Dahab Badr Abbas Mohamed Aboughazal. (Tiada dalam gambar) Myra Safira Muhammad Khalil. (Gambar-gambar: EagleVision)
Pasukan yang terdiri daripada Myra Safira Muhammad Khalil, Allysha Asmadi, Nor Hannah Mohamed Hafiz dan Dahab Badr Abbas Mohamed Aboughazal berjaya mempamerkan ketangkasan minda dan kecekapan dalam budaya dan bahasa Melayu, untuk menewaskan lebih 80 sekolah rendah lain yang menyertai kuiz tersebut sejak pusingan pertamanya.

“Sejujurnya, kami sudah berasa bersyukur ketika menjadi antara 8 sekolah yang terpilih untuk mara ke peringkat suku akhir. Kemenangan ini merupakan satu ganjaran dan kenangan yang manis buat kami sepasukan,” tambah, Nor Hannah, rakan sepasukan Allysha.
Tidak kurang hebat, ialah pasukan dari Sekolah Rendah Bukit View yang menduduki tempat kedua. Pasukan sekolah itu diwakili oleh Alya Arisha Mohammad Azri, Adisti Nismara Nazeli, Iffa Umaira Neziman dan Kitti Faerani Kamuludin. Mereka membawa pulang hadiah-hadiah bernilai S$5,500.
“Saya dapat meraih banyak ilmu daripada soalan-soalan yang diberikan. Keadaan dalam studio meriah dan saya juga berasa seronok kerana penyokong-penyokong turut hadir dan memeriahkan pertandingan ini,” kongsi Adisti Nismara.

Cepat Tepat bermatlamat untuk mempertingkat pengetahuan murid-murid dalam bahasa dan budaya Melayu. Dalam setiap pusingan, para peserta perlu menjawab soalan dalam pelbagai bentuk seperti melengkapkan ayat dan soalan aneka pilihan.
Empat sekolah akhirnya berjaya menempah tempat di peringkat akhir untuk merebut gelaran juara, iaitu Sekolah Rendah Bukit View, Sekolah Rendah Hougang, Sekolah Rendah Telok Kurau dan Sekolah Rendah Perempuan Raffles.
Ternyata bagi murid-murid, pengalaman menyertai Cepat Tepat jauh lebih bernilai dan menjadikan kemenangan mereka lebih manis.


Guru-guru mereka juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan buku-buku untuk dibaca mereka selain daripada bertukar-tukar nota antara satu sama lain serta mengadakan kuiz mereka sendiri ala Cepat Tepat.
“Keluarga saya pula telah melatih saya untuk menjawab soalan-soalan mengenai budaya dan bahasa Melayu. Adik-beradik saya juga telah menguji saya bagi mempersiapkan saya untuk menjawab soalan yang mungkin akan ditanyakan dalam pertandingan Cepat Tepat,” kata Myra Safira dari Sekolah Rendah Perempuan Raffles.


Yang pasti, pengalaman ini membuka pintu untuk murid-murid mendalami bahasa dan budaya Melayu serta memperkasakan mereka untuk menggunakan bahasa ibunda dengan lebih yakin dan cekap.
“Pertandingan Cepat Tepat ini juga telah mengajar saya nilai tidak berputus asa dan jika kita mahukan sesuatu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh. Saya juga belajar untuk bekerjasama dengan rakan sepasukan saya dan menggunakan kekuatan masing-masing untuk berjaya dalam pertandingan ini,” kata Dahab dari Sekolah Rendah Perempuan Raffles.

CEPAT TEPAT SUNTIK KESERONOKAN BELAJAR BAHASA, BUDAYA MELAYU
Ini merupakan kali pertama kuiz Cepat Tepat kembali disiarkan di saluran Suria selepas terhenti selama 10 tahun. Kali terakhir kuiz Cepat Tepat dianjurkan adalah pada 2012.

“Memandangkan penggunaan bahasa Melayu di rumah semakin berkurangan, MLLPC berasa wajar untuk menganjurkan kuiz ini agar dapat menyuntik keseronokan pembelajaran dalam kalangan para pelajar kita,” kata Sekretariat MLLPC, Mohammad Fahmy Abdul Ghani.
Bagi yang terlepas menyaksikan kuiz ini di saluran Suria, anda boleh mengikuti kuiz Cepat Tepat edisi keempat menerusi aplikasi MeWatch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.