Singapura iklan
Sekolah Rendah Naval Base Juara Kuiz Cepat Tepat Edisi Kelima
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lapan sekolah telah beradu minda. Kumpulan yang paling cepat dan yang paling tepat telah merangkul gelaran juara. Sekolah Rendah Naval Base berjaya untuk meraih gelaran itu dalam edisi kelima kuiz Cepat Tepat, anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).
Lebih menarik lagi, ini merupakan kali kedua Sekolah Rendah Naval Base menyertai pertandingan tersebut. Pada tahun lalu, pasukan sekolah itu hanya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Namun pasukan, yang terdiri daripada Elisa Sumaiyah Naeim, Haeyan Mohammad Hizal, Umar Qayyum Imam Taftazany dan Muhammad Rizqin Anaqi Abd Jalal, bertekad menjadikan pengalaman lalu itu sebagai pembakar semangat untuk bangkit dan mengharumkan nama sekolah mereka.

PENCAPAIAN “DI LUAR JANGKAAN”
Usaha dan kerjasama antara para pelajar dan guru-guru mereka dipergiatkan lagi pada tahun ini. Mereka berusaha mencari dan berkongsi ilmu daripada pelbagai sumber walaupun setelah tamat waktu kurikulum di sekolah.
“Para pelajar telah diberikan pelbagai permainan bahasa melalui latihan di kelas mahupun dalam talian. Selain daripada itu, mereka juga diberikan nota-nota bahasa seperti senarai-senarai penjodoh bilangan dan peribahasa. Kami juga berkomunikasi melalui Google Classroom serta berkongsi bahan-bahan mengenai budaya dan pengetahuan am bersama murid.
“Perbincangan di ruang sembang memberikan peluang kepada para pelajar dan guru untuk bersoal-jawab dan berbincang dengan lebih lanjut tentang topik yang diketengahkan. Justeru itu, informasi yang dapat dikongsikan antara kami tidak terhad di sekolah sahaja,” kongsi Cikgu Mazlenny Mosran, Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Naval Base.

Sebagai guru, Cikgu Mazlenny berkata beliau dan rakan-rakan guru yang lain tentu sekali berasa bangga dengan pencapaian para pelajar yang disifatkan sebagai “di luar jangkaan kami”.
Ini memandangkan para guru mendapati ada pelajar yang harus keluar dari zon selesa mereka kerana tidak biasa dengan peraduan yang berskala besar apatah lagi peraduan ini akan disiarkan di saluran nasional.
“Kami telah melakukan yang terbaik untuk mempersiapkan diri sebelum melalui setiap pusingan dalam peraduan ini. Namun, para peserta amat bermotivasi untuk sekurang-kurangnya cuba sampai ke peringkat akhir. Peraduan ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan terkesan bagi guru-guru yang terlibat,” ujar Cikgu Mazlenny lagi.
ULANG KAJI SELEPAS WAKTU SEKOLAH, HUJUNG MINGGU MEMBUAHKAN HASIL
Peserta-peserta Sekolah Rendah Naval Base itu juga berasa gembira kerana menjadi juara. Di samping mengharumkan nama sekolah, mereka juga turut menggembirakan ibu bapa mereka.
Umar Qayyum dan Muhammad Rizqin bertekad untuk menyertai kuiz Cepat Tepat sekali lagi pada tahun depan. Mereka ingin bersama-sama membantu pelajar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
SEKOLAH RENDAH BEACON NAIB JUARA
Turut menyerlah tahun ini ialah pasukan Sekolah Rendah Beacon, yang terdiri daripada Syafeeq Rizq Ihsan Mohammad Rizal, Zikry Mikhail Bin Indrazahri, Hiro Ramadhan Purbojati dan Auni Safwah Binte Muhammad Irwan, yang mencatatkan prestasi yang hebat untuk menduduki tempat kedua.

Persaingan sengit telah berlaku di antara Sekolah Rendah Beacon dan Sekolah Rendah Naval Base.
“Kami tidak menjangka dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir, apatah lagi ke peringkat akhir. Kami bersyukur dan sangat gembira dapat membanggakan sekolah kami dengan pencapaian ini. Inilah kali pertama kami berjaya ke peringkat akhir dan kemenangan ini merupakan pembakar semangat untuk kami sertai kuiz sekali lagi pada tahun hadapan,” kata Cikgu Liyana Saad.
Beliau turut berkongsi tentang persiapan yang dilakukan oleh para pelajar sehingga berjaya sampai ke peringkat akhir kuiz Cepat Tepat.
Persiapan tersebut termasuk berkongsi skop kuiz dengan para peserta dan mereka mengulang kaji topik-topik secara kendiri, terutama sekali yang berkaitan dengan pengetahuan am. Mereka juga membuat persediaan dengan berpandukan buku-buku rujukan bagi pengetahuan Bahasa, seperti sinonim, antonim, penjodoh bilangan dan perkataan berbagai makna.

“Bagi persiapan peringkat akhir pula, mereka telah melakukan daripada buku ‘Cari Kata’ (Word Search) dan saya juga ada sediakan latihan-latihan ‘Cipta Kata’ (menghasilkan perkataan-perkataan lain daripada sepatah perkataan),” kongsi Cikgu Liyana.
“LAKUKAN YANG TERBAIK, JANGAN TERLALU TERTEKAN”: NASIHAT GURU
Apabila ditanya tentang pengajaran daripada pengalaman bertanding dalam kuiz Cepat Tepat, Cikgu Liyana berkongsi satu nasihat yang amat berguna kepada pasukan pelajarnya dan mungkin boleh dicontohi oleh pasukan-pasukan lain yang bakal menyertai peraduan itu pada masa akan datang.
“Sejak awal pelibatan kami dalam kuiz ini, saya sering mengingatkan para peserta supaya melakukan yang terbaik dan tidak terlalu tertekan dengan jangkaan yang telah ditetapkan oleh orang lain. Sokongan moral amatlah penting. Dan pelajar harus dapat menerima keputusan yang bakal diumumkan,” kata Cikgu Liyana.
Menurut beliau, para pelajar dapat menimba pengalaman dan pengajaran yang amat bernilai menerusi pelibatan mereka dalam kuiz tersebut.
“Murid-murid kami telah menunjukkan semangat berkerja sama yang utuh semasa bertanding dengan peserta-peserta dari sekolah lain. Mereka juga gigih berusaha dan berdaya bingkas dalam setiap pusingan. Semua ini merupakan pengalaman yang amat bernilai untuk mereka,” kata beliau.

Edisi kelima kuiz Cepat Tepat menyaksikan 32 pelajar dari lapan sekolah rendah beradu minda serta menguji pengetahuan mereka dalam bahasa dan budaya Melayu melalui kaedah yang interaktif.
Kuiz ini bertujuan untuk menyuntik dan mengembangkan minat para pelajar akan bahasa dan budaya Melayu di luar bilik darjah.
Episod terakhir kuiz Cepat Tepat telah disiarkan pada Jumaat (15 Sep). Bagi yang terlepas menyaksikan kuiz ini di saluran Suria, anda boleh mengikuti kuiz Cepat Tepat edisi kelima menerusi aplikasi MeWatch.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.