Skip to main content

Singapura

Sekolah Rendah Canossa Catholic terima kohort pelajar lelaki pertama

Hari pertama persekolahan hari ini (2 Jan) lebih istimewa bagi sebuah bekas sekolah perempuan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Jan 2019 08:25PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 10:48PM

SINGAPURA: Hari pertama persekolahan hari ini (2 Jan) lebih istimewa bagi sebuah bekas sekolah perempuan.

Ia menyambut kumpulan pelajar lelaki pertama dalam kohort terbarunya.

Sekolah Rendah Canossa Catholic menyambut kohort pelajar lelaki pertamanya hari ini.

Pelajar lelaki membentuk 40 peratus kohort pelajar Darjah 1 tahun ini.

Sekolah tersebut mengambil sekitar 120 pelajar baru iaitu dua kali jumlah yang diambil beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelajar sekolah perempuan di situ perlu membuat sedikit penyesuaian walaupun mereka sudah biasa dengan pelajar lelaki di sekolah.

Ini kerana ia terletak dengan sebuah sekolah keperluan khas yang juga mempunyai pelajar lelaki.

Misalnya, memperkenalkan kegiatan luar darjah seperti Pengakap.

Pastinya, kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan akan saling membiasakan diri di sekolah gabungan baru itu. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita