Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah Renang Happy Fish didenda S$6,500 kerana buang serbuk klorin ke dalam pembetungan awam

Sebuah sekolah renang di Jurong East didenda S$6,500kerana membuang serbuk klorin secara haram ke dalam pembetungan awam, menurut PUB pada Isnin (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Renang Happy Fish didenda S$6,500 kerana buang serbuk klorin ke dalam pembetungan awam

(Gambar: Happy Fish Swim School)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 10:12PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 10:15PM

SINGAPURA: Sebuah sekolah renang di Jurong East didenda S$6,500kerana membuang serbuk klorin secara haram ke dalam pembetungan awam, menurut PUB pada Isnin (6 Dis).

Pada 5 Mac, seorang pekerja Sekolah Renang Happy Fish membuang sekitar 45 kilogram serbuk kalsium hipoklorit ke dalam pembetung di sekolah itu di Jurong Gateway Road itu. Dia kemudian menggunakan hos bomba untuk membolehkan air itu mengalir ke dalam pembetungan tersebut.

Tambah agensi air nasional itu, pihak berkuasa dimaklumkan tentang kejadian tersebut apabila penduduk di kawasan Jurong East melaporkan bunyi letupan yang kuat.

Pengasas sekolah renang, Tan Jian Yong, sebelum ini berkata tidak ada murid di premis tersebut ketika kejadian berlaku dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurutnya lagi, sekolah tersebut mendapatkan khidmat sebuah syarikat pengurusan sisa setelah mendapati bau kuat daripada tong klorin yang terdedah kepada udara lembap.

Seorang pekerja penyenggaraan "tersalah faham dan mengambil inisiatif untuk membuang serbuk klorin itu ke dalam pembetung tanpa mengetahui yang ia akan menimbulkan masalah," kata Encik Tan.

PUB juga menyatakan pada masa itu, tindakan tersebut tidak menjejas sistem pembetungan ataupun mutu air kumbahan yang dibawa ke loji untuk dirawat.

Hari ini, PUB menerangkan bahawa kasium hipoklorit yang selalu digunakan bagi sanitasi dan penyenggaraan kolam renang adalah bahan kimia yang amat reaktif dan mengakis.

"Pembuangan kalsium hipoklorit ke dalam pembetungan dengan cara tidak betul mendedahkannya kepada bahan organik dalam air kumbahan," kata agensi tersebut.

"Ini mencetus tindak balas kimia yang menyebabkan bunyi letupan yang kuat dan mengeluarkan jumlah gas klorin yang banyak ke dalam pembetungan."

PUB mengesahkan bahawa kejadian tersebut tidak mencederakan sesiapa atau merosakkan sistem pembetungan.

Tambahnya, siasatan menunjukkan Sekolah Renang Happy Fish tidak mempunyai kebenaran bertulis untuk membuang cecair perusahaan ke dalam pembentungan awam dan sebaliknya melakukan demikian daripada mendapatkan khidmat pengumpul sisa perusahaan toksik.

Membuang bahan berbahaya secara haram itu merupakan kesalahan di bawah Akta Pembetungan dan Saliran. Sekolah Renang Happy Fish adalah pesalah kali pertama, menurut PUB.

Agensi itu juga mendapati terdapat kekurangan dalam sistem penggunaan, penyimpanan dan pembuangan bahan-bahan kimia di premis sekolah tersebut.

Ini termasuk kekurangan kemudahan selamat untuk menyimpan produk-produk kimia dengan betul, tiada latihan ataupun rekod diberikan kepada pekerja yang didedahkan kepada bahan-bahan kimia berbahaya dan juga kurang sistem pemantauan untuk mencegah akses kepada bahan-bahan ini tanpa kebenaran.

"Membuang bahan-bahan yang berbahaya ke dalam pembentungan awam adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana ia boleh mengganggu pengendalian sistem pembentungan awam dan proses rawatan air kumbahan serta menimbulkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja," kata Maurice Neo, pengarah rangkaian penyulingan air PUB.

Di bawah Akta Pembetongan dan Saliran, pesalah kali pertama yang membuang bahan berbahaya secara haram boleh didenda hingga S$50,000, dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan