Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah Perubatan Lee Kong Chian terima sumbangan S$500,000; tubuh program pelawat unggul

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Perubatan Lee Kong Chian terima sumbangan S$500,000; tubuh program pelawat unggul

(Gambar: Sekolah Perubatan Lee Kong Chian NTU/Facebook)

SINGAPURA: Seorang penderma yang enggan mendedahkan namanya menyumbang S$500,000 kepada Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Dana yang didermakan itu akan disalurkan untuk membiayai program yang akan membawa saintis ulung dan terkenal ke Singapura bagi mengongsi kepakaran mereka.

Pemerintah juga sudah memadankan derma itu, sekali gus membawa jumlah terkumpul kepada sebanyak S$1 juta, menurut universiti tersebut dalam kenyataan medianya pada Sabtu (19 Mac). 

Ulang tahun ke-10 Program Pelawat Unggul Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) akan membawa mengundang para pemenang Hadiah Nobel dan Lasker serta saintis-saintis ulung yang lain untuk "melibatkan diri dengan masyarakat NTU dan membincangkan isu-isu yang mencetuskan dan merangsang pemikiran dalam bidang perubatan".

"Selain berinteraksi dengan masyarakat NTU, pelawat-pelawat unggul ini akan mengadakan ceramah awam sebagai sebahagian daripada Siri Ceramah Unggul James Best bersempena nama mantan dekan LKCMedicine yang berkhidmat di sekolah tersebut antara 2014 hingga 2021," menurut NTU. 

Program yang dilancarkan secara rasmi pada Sabtu (19 Mac), diperkenalkan pada 2020 bagi meraikan ulang tahun yang ke-10 sekolah perubatan tersebut, di samping "transformasinya sehingga menjadi antara 100 sekolah perubatan terunggul di dunia, menurut Ranking Universiti Sedunia QS".  

Di bawah program berkenaan, dua pelawat unggul akan dicalonkan setiap tahun untuk berinteraksi, menjalin kerjasama dan mengongsi kepakaran mereka dengan fakulti universiti tersebut, para mahasiswa dan masyarakat yang lebih luas. 

Mantan Dekan LKCMedicine James Best adalah pelawat unggul dan penceramah pertama di bawah program tersebut. Beliau menyampaikan ceramahnya pada Sabtu (19 Mac) yang menekankan peranan sekolah-sekolah perubatan sebagai "pengaruh masa depan perubatan". 

Pemenang Hadiah Nobel, Barry Marshall, yang merupakan profesor klinikal dan pengarah bersama Pusat Marshall bagi Latihan dan Kajian Penyakit Berjangkit di Perth, dijadual tiba di Singapura pada lewat tahun ini. 

Presiden NTU, Subra Suresh, mengucapkan terima kasih kepada penderma tersebut, yang bertugas dalam sektor kewangan atas sumbangannya, dalam ucapan beliau yang sudah dirakam terlebih dahulu sempena pelancaran program berkenaan pada Sabtu (19 Mac). 

"Sumbangannya itu membolehkan NTU dan masyarakat LKCMedicine untuk berinteraksi dengan pakar-pakar yang merupakan pemimpin terkemuka dan penggerak dalam bidang kepakaran masing-masing," katanya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan