Sekolah pendidikan khas kedua kelolaan AWWA tumpu perhatian kepada pelajar autistik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekolah pendidikan khas yang kedua dikelolakan Pertubuhan AWWA, yang terletak di Bedok, memberi tumpuan khas kepada para pelajar autistik.
Ia juga merupakan salah satu daripada empat Sekolah Pendidikan Khas (SPED) yang disokong pemerintah.
Tumpuan sekolah baru tersebut diberi kepada para pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran tahap sederhana hingga tinggi.
Antara kemudahan yang tersedia di kampus terbaru AWWA, termasuk bermain di ruang pembelajaran bergelar 'iCube' atau mencuba sesuatu yang kreatif di bilik seni interaktif.
Pembelajaran interaktif yang seronok turut melengkapkan para pelajar dengan kemahiran untuk lebih berdikari.
AWWA berharap agar anak-anak ini dapat aktif menyumbang kepada masyarakat.
Hampir 70 pelajar kini telah berdaftar di sekolah tersebut.
Namun, ia boleh mengambil sehingga 300 pelajar berkeperluan khas, berusia antara 7 hingga 18 tahun.
Sekolah tersebut dibuka secara rasmi oleh Presiden Halimah Yacob pada Khamis (6 Okt).
Selain meninjau pelbagai kemudahan yang tersedia, Puan Halimah turut beramah mesra dengan para pelajar serta ibu bapa mereka.
Puan Halimah berkata: "Kejayaan peluang-peluang yang ada tidak hanya bergantung kepada program serta kegiatan yang dijalankan di ruang sekolah. Kejayaannya sangat bergantung kepada eko-sistem di mana anak itu berada."

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.