Sekolah Pelan Bantuan Khas kekal relevan: Ong Ye Kung
Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata sekolah-sekolah Pelan Bantuan Khas (SAP) kekal relevan memandangkan trend-trend lebih besar di rantau ini dan peringkat sejagat.

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata sekolah-sekolah Pelan Bantuan Khas (SAP) kekal relevan memandangkan trend-trend lebih besar di rantau ini dan peringkat sejagat.
Encik Ong berkata demikian di acara menyambut ulang tahun ke-40 program SAP di Singapura.
Sekolah-sekolah SAP mula diperkenalkan pada 1979 untuk menggalak pembelajaran bahasa dan budaya Cina.
Kini terdapat 26 sekolah SAP seperti Dunman High dan Sekolah River Valley High.
Menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, ada beberapa pelajar sekolah SAP yang mengadu tiada peluang untuk berkawan dengan para pelajar kaum lain.
Tetapi Encik Ong berkata, Asia kini rantau yang pesat berkembang di dunia dengan China sebagai rakan dagangan terbesar Singapura.
Beliau menambah negara-negara merata dunia sedang menyaingi Singapura dan meningkatkan usaha mempelajari berbilang bahasa.
Pada masa yang sama, Encik Ong mengakui lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk menggalak interaksi di kalangan para pelajar berlainan kaum.
Meskipun usaha memastikan semua pelajar berdwi-bahasa dan budaya, sekolah-sekolah SAP berpeluang menghasilkan kumpulan utama yang memahami budaya Cina, sama taraf dengan mereka di China dan Taiwan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.