Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah merata SG guna kaedah kreatif pupuk semangat kekitaan sempena sambutan NDP

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Aug 2023 08:02PM Dikemas Kini : 09 Aug 2023 12:48AM
SINGAPURA: Sekolah-sekolah di merata Singapura meraikan Hari Kebangsaan dengan pelbagai cara kreatif - daripada bermain layang-layang hinggalah ke persembahan sketsa.

Berikut adalah antara cara para pelajar melahirkan rasa cinta mereka kepada negara di samping mengukuhkan semangat kekitaan.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tertumpu kepada kerja berpasukan, selaras dengan tema Hari Kebangsaan iaitu "Maju Bersatu".

"Mereka akan melakukan perkara yang menarik seperti mencipta mercu tanda baharu Singapura, dan juga mencipta semula Pulau Ubin sebagai pulau pelancongan seterusnya. Kami berharap dengan bekerjasama dalam projek-projek ini, kami dapat melihat semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid. Kami berharap bahawa murid-murid kami akan menjadi 'arkitek masa depan' Singapura," kongsi Cik Jariah Ramlee, seorang guru di Sekolah Rendah Evergreen.

Murid-murid Darjah Satu hingga Tiga pula berkongsi aspirasi dan cita-cita mereka untuk Singapura menerusi lukisan mereka sendiri pada layang-layang.

"Ini rekaan saya sendiri bagi layang-layang ini. Saya berharap Singapura menjadi sebuah negara yang lebih baik dan mempunyai orang yang baik dan tidak mencuri. Saya berharap Singapura memastikan kita selamat, bahagia dan sihat. Selamat Ulang Tahun Singapura!" ujar seorang murid.

Pastinya bukan sambutan ulang tahun jika tiada kek.

Di Sekolah Rendah Lianhua pula, murid-murid memaparkan peranan mereka ke arah kejayaan Singapura menerusi sebuah persembahan sketsa.

Menariknya, sketsa tersebut mereka tulis dan diarahkan sendiri.

"Kami mahu memaparkan rasa terima kasih terhadap zaman lalu dan masa kini. Pada masa yang sama, kami mahu memandang ke hadapan dan melahirkan harapan kami untuk negara, diri sendiri dan juga masa depan," kata Encik Vincent Low, Ketua Jabatan Pendidikan Perwatakan & Kewarganegaraan di sekolah rendah tersebut.

Sambutan ulang tahun Singapura pastinya lebih meriah lagi pada Rabu dengan seluruh rakyat bersatu menyambut Hari Kebangsaan.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan